Mengapa insan yang ku kenal ini semakin jauh ya Allah... aku mengharapkan sebuah plot drama kehidupan yang telah Engkau rancangkan sebagai menaik untuknya, aku usahakan mentarbiyah dan mendidiknya melalui kefahamanku akan diriMu ya Allah. Aku barangkali gagal Ya Allah, ampunkan aku ya Allah. Aku mengharapkan agar akan lahir seorang puteri muslimah yang solehah yang sanggup berjuang di jalan Mu ya Allah dalam mencari redha dan baraqahMu sepertimana yang terlontar dalam lisan dan akadnya. Namun hanya air mataku berlinang mengenangkan apalah dosa seorang wanita yang ku anggap permaisuri melahirkan anak sepertinya. Aku semakin tidak mengenalinya... dia bukan lagi wanita idamanku malah seorang perempuan yang langsung tidak pernah ku kenal.. Bukan aku menidakkan atau menghina makhluk ciptaanMu ya Allah... cuma aku merasa agak janggal dan aneh. Bagaimana bisa seorang wanita yang Kau titipkan kepadaku suatu masa dahulu lebih senang memiliki emas palsu sedangkan Engkau telah memberikannya emas tulen. tidak kah dia mengambil iktibar dan bukankah sewajibnya menjadikan segalanya yang berlaku sebagai pedoman... Ya Allah, di subuh bening ini aku memohon kepadaMu ya Rabb... janganlah kau sesatkan anak ini dari landasan yang sebenarnya. Barangkali dia masih tidak mampu memahami betapa indahnya musibah dan fitnah yang Engkau berikan. Barangkali dia tidak memahami bahawa Engkau adalah jaminan dunia dan akhirat dan bukan pergantungan kepada makhluk. Doaku padanya ya Allah, mudah2an dia masih mengenal islam itu agamanya, Allah itu tuhannya yang Esa dan Muhammad itu utusan sunnah. Sehingga kalam ini terhenti, qalbu dan aql ku masih tidak bersatu. Mudah-mudahan dengan kasih sayang Mu ya Rabb, masih ada ruang untuknya kembali ke sisi mu dan selalu meletakan harapan kepadaMu. Selama aku hidup, kasih sayang makhluk hanya sampai di tepi kubur sahaja tetapi kasih sayangMu ya Allah tiada batasannya. Mudah2an sifat bongkak, takbur dan sombong pada lisan dan perbuatannya sama ada dia sedar atau tidak ya Allah akan Engkau ampunkan ya Allah. Ampunkanlah dosaku, kaum keluargaku, saudara seimanku serta umat Muhammad lainnya. Biarlah aku kekal mencintaiMu ya Allah, sesungguhnya walaupun cintaku padaMu hanya sebesar malah lebih kecil dari hama tetapi aku mengetahui bahawa kasih sayangMu dan cintaMu seluas-luasnya tanpa batasan. Aku redha diperhinakan manusia daripada Engkau memalingkan wajahmu daripada memandangku.
bila kalam bicara...

kerana cinta duri menjadi mawar
kerana cinta cuka kembali menjadi anggur segar
kerana cinta kesakitan menjadi penawar
kerana cinta kemalangan menjadi keuntungan
kerana cinta penjara di rasakan kedai mawar
kerana cinta timbunan debu menjadi taman
kerana cinta api berkobar menjadi cahaya menenangkan
kerana cinta syaitanberubah menjadi bidadari
kerana cinta batu keras menjadi lembut bak mentega
kerana cinta duka menjadi riang gembira
kerana cinta hantu menjadi malaikat
kerana cinta singa tidak lagi menakutkan umpama tikus
kerana cinta yang sakit menjadi sihat
kerana cinta amarah berumah menjadi ramah... JR
Subahanallah... telah habis kikis semua cintaku padaMu ya Rabb
Tiada daya dan upaya ku melainkan dengan kekuasaan dan kebesaranMu...
Basmallah.... Dengan NamaMu ya Rabb, pemunya qalbu dan jasad.
Insan, manusia, atau apa pun pengkelasan yang diberikan sama saja sifatnya, pelupa. Lupa bahawa kita ini adalah jasad dan roh yang dipinjamkan atas muka bumi ini. Dari sejarah Nabi Adam lagi Allah selalu melarang dan menegah yang berkaitan dengan kerosakan dan kemungkaran, tetapi itulah yang paling seronok dilakukan. Mengapa ya, manusia selalu lupa, padahal 25 manusia diangkat menjadi Rasul sebagai penyuluh dan pembimbing namun masih juga manusia lupa. Pelbagai pengajaran dan iktibar Allah SWT turunkan dan berikan agar manusia sentiasa ingat dan bertaqwa padaNya. Namun jawapannya masih juga lupa. Jika dapat dikongsikan sesungguhnya sebelum kejadian zahir manusia ke dunia, telah terikat akujanji antara manusia dengan Allah akan hakikat ketuhanan. Sesungguhnya Engkau adalah Tuhan dan tidak ada Tuhan selain Engkau ya Allah, dilafazkan sehingga kelahiran digenggam perjanjian tersebut dalam genggam yang erat ( perhatikan tangan bayi, akan kekal menggengam sehingga selepas 6 bulan barulah terlepas genggaman tersebut, Masyallah). Malah dalam rahim sekalipun, genggaman ini erat sehingga kelahirannya. bayi ini membesar dalam keadaan amnesia dan akujanji itu semakin kabur dan terus kabur. Iyakah, aku pernah berakujanji, bilakah dan dimanakah peristiwa itu. Inilah keadaan manusia yang suka melupakan janji... apalah sangat janji kita dengan manusia, janji dengan Allah SWT kita boleh lupakan. Sebab tu ramai manusia menjadi munafiq, fasiq dan kufur dalam sedar tak sedar. Kenapa sedemikian, manusia awam ni nak difahami mudah saja, setiap tindakan yang memberikan keuntungan kepada mereka pasti akan mudah melupai janji. Sebab tu lah, Allah berfirman, jangan lah kamu meminta selain daripada Aku, sebab Allah yang maha mengetahui akan sifat manusia yang pelupa ini. Kalau meminta dengan manusia, kita jadi manusia yang berharap dengan makhluk, makhluk yang diharap ini pun memang tak boleh diharap. kata orang negori, "buek mengabih boreh jo"...
Hari ini Allah SWT bagi satu lagi pengajaran yang cukup istimewa... langsung tanpa cut. Seorang anak kecil anak seorang sahabat yang bertandang ke rumah bertanya dengan aku. "bila pacik nak bertaubat ni"... gelak sakan aku dengan pertanyaan tu. walhal dalam qalbu... Masyallah, sesungguhnya Maha suci Engkau ya Allah yang mengingatkan aku tentang taubat daripada seorang anak kecil. Mana tidaknya, anak yang masih bersih dari sifat-sifat munafiq dan fasiq bertanya langsung kepada kita soalan yang sepatutnya ditanya oleh alim-alim ulama, ahli-ahli fuqaha tetapi jarang pula aku dengar daripada golongan ini soalan-soalan berkenaan. Barangkali golongan alim-alim ni jarang bercampur dengan golongan marhaein macam aku ni, atau golongan ini selesa dengan kelompok mereka-mereka sahaja, ataupun sudah habis lidah daqwah golongan ini untuk orang macam aku yang berhimpun segala dosa, entah dapat dibersihkan atau pun tidak, wallahhualam, hanyalah Allah sahaja yang dapat memberi keampunan atas dosa-dosaku.
Berbalik kepada persoalan manusia pelupa, adakah persoalan taubat juga selalu dilupakan. berapa kali dalam sehari kita istighfar memohon keampunan kepada Allah. Rasulallah SAW yang ulul azmi dan maksum juga tidak pernah melupakan istighfarnya. Yang dijamin oleh Allah sebagai manusia pertama melangkah ke syurga juga tidak pernah putus-putus memohon taubat dan keampunan kepada Allah SWT. Malah disekeliling kita hari ini, semakin rancak musuh-musuh Islam mengajak kita melupakan istighfar dan digantikan dengan pesona lagu-lagu syaitan dan hiburan yang melalaikan. Bahkan dalam kita berhari raya ni pun, kita sudah melupakan segala amal dan ibadah ramadhan kita. Siapa lagi yang mengunjungi masjid setiap malam untuk jemaah... kompom hanya 1% sahaja barangkali yang masih ke surau atau ke masjid, itupun jawatankuasa masjid barangkali. Jika tak ke masjid atau surau, nanti apa pulak orang lain kata kan. Nama pun jawatankuasa masjid, kenalah ke masjid kan. Kalau bukan ahli, mungkin pandang saja lah bah kan tempat terawih dan tadarus ramadhan tu kan, al maklumlah balik kepada fitrah, jadi manusia pelupa semula... syaitan pun sudah lepas, jadi aktiflah semula rayuan-rayuan keasyikan ke arah kelalaian tu kan. Samalah macam aku ni... nasib baik juga ada anak kecil mengingatkan aku suruh bertaubat.
Dimana sudah amal jariah dan sedekah yang sewaktu ramadhan pada anak-anak yatim, ibu tunggal dan sebagainya yang layak menerima. Habis sudah tau bajet sedekah, pasal banyak sangat aku abis beraya sakan,mengganti sana sini dengan barang-barang baru, buat rumah terbuka, sekali buka kopak aku dalam 3-4 ratus kan. (kalau RM300 X 10 kali open house = RM3000, sedekah dengan golongan yang memerlukan lagi faedah. tetamu yang hadir pun bukan calang-calang orang, semuanya yang tidak boleh menjamah hidangan sedap-sedap sudah pasal banyak penyakit. Bagus sebenarnya mengeratkan sialturahim ni, tapi berpada-padalah bah kan, saja ja tulis macam ni, ajak berfikir sekali) Nah, itulah kita, orang beraya sehari sahaja cukup, tetapi kita sampai sebulan. sepatutnya sambung semula amal ibadah yang dibuat sepanjang ramadhan sehingga ramadhan tahun depan. Ini tidak, segala-galanya sudah dilupakan. Apa yang penting, sepanjang syawal ni, penghargaan daripada manusia itu penting, tetamu yang datang mesti tengok renovation rumah ala-ala english aku, interior yang mengalahkan mat salleh walaupun tinggal di Malaysia. Tetapi renovation qalbu langsung diabaikan, macammana lah Allah SWT nak bagi penghargaan. Rupanya kita ni tidak faham hakikat kehidupan sebenar kan, masih lagi menilai bentuk dan rupa sedangkan Allah SWT sudah mengajarkan jangan memandang bentuk dan rupa. apa yang penting keredhaan Allah dalam kehidupan kita itu yang lebih utama. Bukannya besok, bila kita mati, kain kapan corak english berbunga-bunga yang dibawa... cuma kain harga RM3.20 semeter juga yang dibungkuskan dan bukannya keranda yang dicat putih yang dijadikan penutup, cuma kepingan-kepingan kayu yang belum diketam halus sahaja yang menjadi dindingnya sahaja.
So' apa kata kita sahut cabaran anak kecil yang mengajak orang-orang tua bertaubat. Jangan risau, taubat tiada pintunya, Allah sentiasa menerima taubat hambaNya dalam keadaan macammana sekalipun, yang penting sedia berubah mengarah kehidupan muslim yang lebih bertauhid, bertaqwa dan taat kepada khaliqnya. Jangan percaya dengan kata-kata sesiapa pun bahawa pintu taubat akan ditutup, sampai sekarang pun belum pernah ada sesiapa pun jumpa pintu taubat. Dan ingatlah bahawa Allah SWT setiap saat memberikan hidayahNya pada hambaNya cuma sebijak kita sahaja sanggup mengambil iktibar dan sesiapa yang memberikan iktibar tidak penting, yang penting apa yang dilontarkan itu memberikan peringatan kepada kita yang sering lupa dan lalai sebagai 'peminjam' dan "tidakKu jadikan jin dan manusia selain berdiri dedepanKu"...
Sesungguhnya tiada daya dan upaya ku Ya Allah, sesungguhnya engkau yang maha berkuasa atas setiap satu-satunya... Ya Allah ampunkan dosa ku, dosa ahli keluargaku dan dosa kaum muslimin dan muslimat. Ampunkan lah atas kelalain dan kealpaan kami sebagai manusia, sesungguhnya engkau sentiasa memberikan peringatan akan hari qiamat. Amin
salam lebaran buat semua... terlalu banyak beban yang perlu ku limpahkan dalam blog ni. masih sibuk dgn urusan duniawi. ada yang perlu diberesin. Moga2 dalam masa terdekat, Allah memberi kurnia pinjaman jiwa untuk kalam ku terus berbicara... insyallah
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal…kerana meninggalkan nasi yang baik semata-mata mengharap agar makanan yang lain lebih baik sedangkan itu hanya tipu daya nafsumu.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya. Kamu juga yang akan menyesal… sesungguhnya menyayangi untuk kesempurnaan dan saling memperlengkapi adalah cinta yang Allah redha daripada menyayangi untuk kepentingan dan menjamin keselesaan diri.
Katakanlah (Muhammad), “Apakah aku akan menjadikan pelindung selain Allah yang menjadikan langit dan bumi, padahal Dia tidak memberi makan dan tidak memberi makan?” Katakanlah, Sesungguhnya aku diperintahkan agar aku menjadi orang yang pertama berserah diri(kepada Allah), dan jangan sekali-kali kamu masuk golongan orang-orang musyrik.”
Hanya Engkau Ya Rabb... pemilik segala Dzat
Adakah Zat selain Nya yang boleh Wujud beserta Nya?
Adakah Sifat selain Sifat Nya yang boleh Zahir beserta Sifat Nya?
Adakah Af’al selain Af’al Nya yang boleh di Saksikan berserta Af’al Nya?
Laa….Sama sekali tidak!
Laa ilaaha illa Huwa ArRahman ArRahim….dan hanya Muhammad menyaksikan Nya…
dimana kesaksian itu sendiri bergantung Hayat pada Zat Nya jua.
Tatkala itu, Sang Saksi terngadah dari lamunannya,
bilamana dia menyedari bahawasanya Dia menyaksikan Diri Nya Sendiri.
Maa Syaa Allah. Tiadalah yang Hidup melainkan Dia jua.
“Wa Qul Jaa Al-Haq, Wa Zahaqol Baatil”.
(apabila datang Yang Benar, yang batil akan hapus)
Apabila sudah mengenal bahasa Ruh Rabbani yang mendiami didalam Diri,
maka mulalah kita mengalami Isbatul Yaqin.
Matlamat zikrullah adalah menuju kepada ingatan Ruh kepada Ar-Rabb.
Inilah Zikir Haqiqat. Tiada bentuk, warna mahupun bunyi.
Penyaksian Diri berlaku disini. Disinilah hati manusia melihat dirinya sebagai faqir sejati….
apabila dia menyaksikan keagungan Zat Yang Esa.
“sesungguhnya Aku ini Allah, tidak ada Tuhan kecuali Aku, maka sembahlah Aku.( QS. Ta Ha, 20:14).
ayat diatas menyebutkan pribadi Allah. bukan sifat, ilmu, atau perbuatannya.
Itu Dzat yang kita tuju..ya benar tuhan adalah Dzat Mutlak.