12:28

Renungan buat sang pencinta...

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…
Dan janganlah kamu meninggalkannya semata-mata sedikit kesalahannya sedangkan sudah beribu-ribu kasih dicurahkannya tanpa mengenal erti beza benci dan sayangmu. Sesungguhnya cinta itu tidak menambah dan tidak berkurang disebabkan oleh baik dan buruknya pasanganmu. Ma Sya Allah.

Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi… ingatlah sesungguhnya takar itu pernah berbakti kepadamu, menampung air minuman dan mandianmu agar engkau tidak haus dan berbau wangi malah sebagai kolah air wudhukmu.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya… dan janganlah engkau menjadi manusia yang mendahului Tuhanmu dalam memutuskan silaturahimmu… sesungguhnya syaitan amat senang dengan pendosa-pendosa yang suka melakukan kesalahan yang sama pada peristiwa yang sama.


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal…kerana meninggalkan nasi yang baik semata-mata mengharap agar makanan yang lain lebih baik sedangkan itu hanya tipu daya nafsumu.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya. Kamu juga yang akan menyesal… sesungguhnya menyayangi untuk kesempurnaan dan saling memperlengkapi adalah cinta yang Allah redha daripada menyayangi untuk kepentingan dan menjamin keselesaan diri. 

kesimpulannya:

Katakanlah (Muhammad), “Milik siapakah apa yang di langit dan di bumi?” Katakanlah,”Milik Allah.” Dia telah menetapkan (sifat) kasih sayang pada diriNya*, Dia sungguh akan mengumpulkan kamu pada hari Kiamat yang tidak diragu-ragukan lagi. Orang-orang yang merugikan dirinya, mereka itu tidak beriman.
Dan milikNyalah segala apa yang ada pada malam dan siang hari. Dan Dialah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui.


Katakanlah (Muhammad), “Apakah aku akan menjadikan pelindung selain Allah yang menjadikan langit dan bumi, padahal Dia tidak memberi makan dan tidak memberi makan?” Katakanlah, Sesungguhnya aku diperintahkan agar aku menjadi orang yang pertama berserah diri(kepada Allah), dan jangan sekali-kali kamu masuk golongan orang-orang musyrik.”



11:57

itu adalah rezekiku... Rencana Allah dalam kehidupan

Itu Adalah Rezekiku... Rencana Allah dalam kehidupan

Biar setiap hari sejuta orang berdoa agar rezekiku tambah berganda tetap sudah tentu kadarnya. Biarpun sejuta orang merebut rezekiku tetap tidak beranjak biar satu inci pun dengan kadar yang telah ditentukan. Setiap orang sudah dijamin rezekinya masing-masing. Burung makhluk tanpa akal yakin rezekinya ada , dijamin Tuhan keluar  pagi cari rezeki.Tuhan jamin rezeki burung bukan makanan dicampakkan dalam mulutnya usahalah keluar dari rumah mulai pagi. Jaminan Tuhan pemberi rezeki jelasnya tidak boleh didesak dengan doa, dipujuk dengan rajuk dan di rayu dengan tanggis.Cuma perlu yakin, usaha dan berserah akhirnya pasrah terima kasih dengan apa yang diberi. Jodoh juga rezeki. Usaha insan harus mendekat dan meminta padaNya. Ditemukan pasangan yang salah cuma untuk memberikan petunjuk ada yang terbaik menunggumu. Diberikanmu kerja yang bergaji rendah kerna esok bila sudah ditambahkan darjatmu engkau tahu menghargai bawahanmu. Rezeki yang sedikit bukan bermakna zalim tapi jika engkau dapat lebih daripada keperluanmu engkau akan pasti berbuat menzalimi dirimu sendiri. Seperti ramai orang insan mengutuk pemimpin negara,ketahuilah jika anda dipilih duduk di posisinya sanalah  anda akan lebih zalim lagi. Bila belum dapat engkau memang engkau berjanji tapi bila dalam tanganmu janji tinggal janji. Rezeki bukan banyak atau sedikit tapi berapa keperluanmu. Yang sedikit diberkati lebih bernilai banyak rezeki dimurkaiNya. Selalu ditemui orang bawahan bergaji kecil beranak ramai lebih bahagia berbanding pegawai atasan beranak dua merasa tidak pernah cukup gajinya. Bila yakin si  bawahan Tuhan beri rezeki semua gaji diberkati dicukupi, si atasan bergaji tinggi sentiasa tak puas hati akhirnya ambil rasuah gaji tak diberkati. Yakin rezeki Tuhan beri cukup buat perlumu,usah ragu semua sudah direncanakan terbaik untukmu. Sekarang tugasmu kerah tawan akal terima rezeki Tuhan. Akal selalu dengki dengan orang lain punya rezeki. Akal selalu nafi kenapa bukan rezekiku kenapa dapat si anu. Inilah akal mudaratkan dan manfaatkan. Akal harus tunduk apa yang Tuhan tentukan. Nyata rezekiku tetap bukan rezekimu. Semua sudah ditentukan. Tidak perlu keluh kesah kecewa penyesalan. Tetap rezekimu tetap jua rezekiku...                    -adajiwadon-

11:46

Hanya Engkau Ya Rabb... pemilik segala Dzat

Hanya Engkau Ya Rabb... pemilik segala Dzat
Adakah Zat selain Nya yang boleh Wujud beserta Nya?
Adakah Sifat selain Sifat Nya yang boleh Zahir beserta Sifat Nya?
Adakah Af’al selain Af’al Nya yang boleh di Saksikan berserta Af’al Nya?
Laa….Sama sekali tidak!
Laa ilaaha illa Huwa ArRahman ArRahim….dan hanya Muhammad menyaksikan Nya…
dimana kesaksian itu sendiri bergantung Hayat pada Zat Nya jua.
Tatkala itu, Sang Saksi terngadah dari lamunannya,
 bilamana dia menyedari bahawasanya Dia menyaksikan Diri Nya Sendiri. 
Maa Syaa Allah. Tiadalah yang Hidup melainkan Dia jua.
“Wa Qul Jaa Al-Haq, Wa Zahaqol Baatil”.
(apabila datang Yang Benar, yang batil akan hapus)
Apabila sudah mengenal bahasa Ruh Rabbani yang mendiami didalam Diri, 
maka mulalah kita mengalami Isbatul Yaqin.
Matlamat zikrullah adalah menuju kepada ingatan Ruh kepada Ar-Rabb.
Inilah Zikir Haqiqat. Tiada bentuk, warna mahupun bunyi. 
Penyaksian Diri berlaku disini. Disinilah hati manusia melihat dirinya sebagai faqir sejati….
apabila dia menyaksikan keagungan Zat Yang Esa.
 
“sesungguhnya Aku ini Allah, tidak ada Tuhan kecuali Aku, maka sembahlah Aku.( QS. Ta Ha, 20:14).
ayat diatas menyebutkan pribadi Allah. bukan sifat, ilmu, atau perbuatannya. 
Itu Dzat yang kita tuju..ya benar tuhan adalah Dzat Mutlak.

00:11

Manis kah Gula? - sembang teh tarik mamak

Bismillahirahmanirahim...yang tiada tempat bagiNya... malam tadi selepas berpura-pura sibuk melaksanakan tarawikh di kawasan perumahan berdekatan... SMS dr sahabat bergila-gila aku sampai ( hebat... hanya salam dalam hati saja, Allah SWT dah sampaikan langsung) mengajak minum. Merehatkan minda dan berkongsi ilmu katanya. Aku menerima ajakan sahabat berkenaan tanpa dolak dalik... Aku rasa ini sahabat yang baik barangkali semasa aku di dunia, Bagi aku mudah sahaja, menjadikan seseorang sahabat itu tidak sampai pun seminit, apatah lagi dengan karakter peramah giler aku ni... teringat aku semasa penerbangan ke Singapura, wanita korea yang hanya tahu berbahasa ibundanya sahaja bisa menjadi ibu angkat ku dalam tempoh 3 jam perjalanan malah pelukannya dan air matanya semasa tiba di lapangan terbang menunjukkan betapa akrab hubungan yang tidak ada sebarang asas cuma kerana Allah SWT. Cuma yang agak susah kepada umat manusia ni MENGEKALKAN sesebuah hubungan dan yang paling bodoh  perlakuan ialah MEMUTUSKAN hubungan. Sudahlah susahnya MENCIPTAKAN hubungan malah cenderung pula MELERAIKAN ikatan kasih sayang anugerah Allah SWT kepada kita. Sikap pendosa-pendosa yang selalu merasakan diri mereka bersih dan suci dan orang lain semuanya kotor belaka.
Sampai di kopitiam yang dijanjikan, sahabat yang sudah agak lama menunggu memberi isyarat duduk kepada ku... JANGAN KAO MARAH BAH KAWAN... kataku berseloroh. Selang 3 minit kehadiranku, seorang sahabat lagi menyusul duduk di sebelahku. Masyallah, seronok ni kalau dah ada 3 penyamun tarbus bersembang. memang nda ingat dunia ni taw. Sahabat pertama mula membuka bicara... Manis kah Gula? semua orang tahu bahawa gula itu manis... mana ada gula yang tawar... untuk pesakit kencing manis pun ada gulanya sendiri yang ala-ala manis-manis buah. Manis juga kan kata hatiku...perjalanan manusia menuju kepada penciptanya memerlukan tahap pemahaman hakikat yang tinggi... kadang-kadang akal memang sudah tidak diperlukan untuk memberikan sebarang penjelasan... Ini yang kadang-kadang orang-orang fuqaha anggap golongan ini syirik dan kufara. Maklumlah, kata sahabatku... "kan pembicaraan agama islam ni adalah milik eksklusif golongan berijazah dalam bidang agama lulusan tertinggi. orang macam kita ni nda layak berbicara soal agama barangkali... semuanya syirik dan bidaah, luah sahabat berkenaan. so, apalah kena mengena gula dalam sembang kita ni... sahabat berkenaan gelak... tengok, QM dah pening dah... macam mana kao taw gula tu manis... kao kena rasakan sendiri. orang lain tak tau pun betapa manisnya gula tu. Ada orang tambah dua sudu gula bagi menikmati teh atau kopi mereka, ada yang letak satu sudu sahaja, ada yang kadang-kadang 3-4 sudu dalam minuman mereka. Beginilah juga kita nak mengenal hakikat Tuhan, hanya orang yang menikmati hubungan antara diri dan penciptanya sahaja yang mampu merasa manisnya sesuatu hubungan. Jika ditanya padamu ' adakah engkao sudah merasa niqmat yang Allah berikan kepadamu, dan jika kao yakin dan percaya dengan anugerah Allah berkenaan. Katakan saja iya sebab hanya engkao sahaja yang merasainya dan setiap orang pasti akan mengalami sendiri perbezaan niqmat yang Allah berikan. So' tak payah kita nak sibuk tanya pada orang lain, amal engkao macam mana, dah banyak kah pahala engkao dapat... kalau kita lahir seorang, besok mati pun seorang... jaga lah diri mu sahaja itu lebih baik daripada sibuk hal orang lain. Jika semua umat manusia di dunia ni tahu betapa manisnya kurniaan Allah dalam kehidupan, nescaya setiap orang  di dunia ini akan menolak tipu daya dunia kepada mereka.... masyallah, ni lah sahabat-sahabat aku... kadang-kadang gula pun boleh dijadikan analogi mengagungkan kebesaran pencipta mereka. Subahanallah ... maha suci Allah dan tiada daya ku melainkan dengan rahmatmu ya Rabb....

10:43

Rasuah Ramadhan

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang... mohon keampunan Mu ya Rabb sebelum kalam ni terus bertingkah meluahkan aql binasa yang tak selaku dengan pemikiran orang biasa. Marhaban ya Ramadhan...nyanyian opick mengalun di corong radio dalam kereta.  Hari ini sekali lagi aku memberi alasan untuk tidak menjadi imam. Rosak pula pahala orang yang menjadi makmum. Subahanallah. Ramadhan tahun ini agak unik sedikit bagi aku, seolah-olah ini puasa pertama ku berpuasa sebagai muslim, sedangkan hampir setengah dekad umurku dalam Islam. Pelik kan... Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui dan terima kasih sahabat yang mahu berkongsi rahsia ramadhan. Hari ini genap 13 hari umat islam berpuasa melaksanakan tanggungjawab sebagai muslim. Baris saf-saf di masjid juga semakin susut bilangan makmumnya. ke mana menghilangnya makmum yang mabrur dan selalu mengimarahkan masjid di bulan ramadhan. Biasanya saf menjangkau 4-5 baris, hari ini hanya tinggal dua saf sahaja. Balik kampung fikirku berpransangka baik terhadap makmum yang biasa bertegur sapa dengan ku. Mudah-mudahan hari bekerja nanti, akan penuhlah semula saf-saf ni seperti sediakala. 
Petang tadi sewaktu ke bazar ramadhan, terpampang banner majlis berbuka puasa di rumah anak-anak yatim, Wah, siap pasang banner lagi pengumuman majlis berbuka puasanya. Semalam, sepupu dari Brunei mengajak berbuka di hotel. Hebat, harganya sahaja RM80 sekepala, mesti hebat juadah hidangan kapitalis fikirku.  Pandai juga kapitalis-kapitalis ni membuka ruang mengajak orang islam membuat pahala kan. Maklumlah orang islam ni  kalau bulan puasa, kuasa memberi mereka ni tinggi. Setahun sekali lah katakan. Jalan ke bandar juga semakin sesak di hujung minggu ini. Kebiasaannya hanya mengambil 10 minit, petang tadi hampir setengah jam di dalam kereta. Nasib baik hingar bingar anak-anak dalam kereta yang sibuk merancang juadah berbuka mereka menjadi lagu di telinga. 
Aku ingat bila ramadhan menjelma, semua orang akan insaf tapi sana sini aku masih melihat suasana orang-orang kita sibuk melakukan rasuah. Kononnya membuat pahala melalui pelbagai aktiviti keagamaan dan semua orang berlumba-lumba mengharapkan pahala ramadhan, maklumlah setahun sekali, dan lagi pahalanya berlipat kali ganda banyaknya dari bulan-bulan biasa. Untung anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal dan orang miskin di bulan ramadhan ni kata orang rumah. mereka tidak kelaparan, semua orang bersedekah kepada mereka. Ia kataku, sebulan sahaja untungnya, 11 bulan lagi mereka sentiasa berlapar dan mengharapkan simpati tapi jarang terpeduli. Biasalah, memang sikap bangsa kita, melakukan sesuatu dengan mengharapkan sesuatu, sepertimana lakunya orang merasuah mengharapkan projek keduniaan mereka. Dan dalam tidak sedar tindakan kita ni merasuah Allah. mana tidaknya, bila bulan ramadhan menjelma sibuk kita dengan aktiviti keagamaannya... bersunat tarawikh lah, tahajudlah, bertadaruslah, bersedekah lah dan macam-macam lagilah semuanya mengharapkan pahala berganda-ganda daripada Allah SWT, maklumlah 11 bulan lagi penuh dengan kemelut dosa dan jarang melakukan apa yang sepatutnya dilakukan, dan bulan ramadhan dianggap penyucian dosa barangkali. Astagafirullahalazim... Memang apa yang dilakukan itu bagus cuma nawaitu sahaja yang perlu jelas barangkali kan dan mohon jangan disalahertikan pencerahan ini... gunakan aql sekejap sebelum menghukum. Minta maaf lah, kita jangan ingat Allah itu bodoh. Sesungguhnya urusan dosa dan pahala ini, urusan Allah, bukan urusan makhluk. Janganlah kamu mengharapkan syurga dari amalmu. apakah bulan-bulan lain selain ramadhan, kita tidak digalakkan melakukan semua perkara yang disebutkan. Sebab pahala bulan ni ciput, rugi aku bersedekah... kasihan dengan golongan fakir miskin yang masih mengharapkan bantuan kita. Bulan ni pahala sedikit, so kurangkan tahajud dan tadarus ku. Walhal semua perkara yang mengagungkan keEsaan Allah ada ruang untuk kasih sayang dan sedekah Allah kepada kita.
Puasa mengikut syariat adalah menahan diri dan sebesar-besar cabaran pada bulan ramadhan ini adalah diri yang menahan. Menahan daripada apa sebenarnya... ini yang harus kita renungkan bersama... adakah selepas ramadhan ini, aku kembali seperti sediakala masih meneruskan tabiat dan tingkahlaku lama. Tidak selesai jua masalah kita sebagai hambanya yang terlalu banyak meminta dan berhutang kepada Allah SWT. Tidak selesai dengan masalah hutang kita kepadanya kita menciptakan hutang lagi kepadaNya... melakukan rasuah, rasuah kepada Allah SWT. Mari kita renungkan sesaat. Adakah kita merasa amal kita dibulan ramadhan ini diterima Allah SWT... jika diterima bagaimana manis dan lazat pemberianNya...adakah sepertimana nafsu menikmati manisnya ABC sewaktu berbuka puasa. jika tidak, apa lagi yang perlu aku lakukan... cuba tanyakan qalb dan aql... adakah jawapannya bersatu iaitu mengEsakan dan menTauhidkan Allah SWT. Dan jika kita hanya tahu merasuah sahaja semata-mata mengharapkan pahala, maksudnya amalan puasa itu hanya menjadi kosong. Apatah lagi, jika selepas puasa.. kita masih memiliki karakter yang sama seperti sebelum berpuasa. Sama saja bohongnya. Sepatutnya, puasa ini sebagai landasan untuk kita menginternalisasikan diri kita sebagai hambaNya sekaligus mengimplemantasikan dalam kehidupan seharian. barulah mantap keperibadian dan peradaban muslim.  dan yang paling penting hidupkan jiwa-jiwa yang mati mengarah kepada jiwa-jiwa yang tenang. Ya Allah... Tiada daya dan upaya ku ya Rabb... semuanya adalah milikMu.

14:06

Berserah kepada Allah atau Berserah kepada Takdir


“Barangsiapa yang mengerjakan dosa, maka sesungguhnya ia mengerjakannya untuk (kemudaratan) dirinya sendiri” (QS. 4:111).

Yang membezakan manusia dari makhluk lain adalah ‘Aql (baik ‘aql jasadi/fikiran mahupun ‘aql jiwa/fu’ad). Alat ini harus dipergunakan, demi tercapainya tujuan dari intipati penciptaan Insan. Jika seseorang ‘menyalahkan’ takdir semata, maka ia bisa jadi tidak mensyukuri dan menggunakan saran yang diberikan-Nya ini dengan semaksima mungkin. Tidak hairan jika Allah memurkai mereka yang tidak menggunakan ‘aql nya. “Dan Allah menimpakan rijsa (keburukan) kepada orang yang tidak mempergunakan aql-nya.” (QS. 10:100).‘Islam’ yang bermakna berserah diri, bukan berserah diri kepada takdir. Tapi berserah diri pada kehendak Allah atas diri kita.  Sulit sebenarnya mahu difahami, apatah lagi mencari secara mendalam apa sebenarnya kehendak Allah ke atas diri kita. Apa sebenarnya yang Allah kehendaki kepada kita untuk dilaksanakan setiap masa. Apa sebenarnya keputusan yang Allah berikan kepada kita. saban masa kita sering berpolemik dengan diri kita. Inilah takdir aku... berserah kepada takdir... aku serahkan segalanya kepada takdir dan macam-macam lagi luahan kita kepada takdir.

Inilah sebenarnya ujian Allah kepada kita. Menguji keyakinan dan kepercayaan kita kepada  kekuasaan pemilik sekalian alam. Biasanya kita sering menyalahkan takdir lebih-lebih lagi jika takdir itu tidak menyenangkan dan berpihak kepada kita. Berserah kepada takdir memberi makna bahawa kita mempercayai kepada makhluk selain Allah SWT,dan ini perlakuan syirik yang memerlukan kita bersyhadah setiap masa. Aql yang terbatas dijadikan sebagai asas dan sandaran kepada setiap keputusan yang kita lakukan. Malah seolah-olah takdir yang ditentukan adalah ketentuan Allah SWT kepada kita sedangkan sepanjang masa kita mencampuri urusan Allah SWT dalam apa pun keputusan bagi menentukan takdir  kita. Pembuktian yang cukup jelas dalam kehidupan kita seharian adalah penyerahan kita kepada Allah terhadap Qada dan Qadar kita. Ya Allah, aku serahkan segalanya kepadaMu malah dalam doa Iftitah yang kita baca setiap kali solat juga sedemikian,  namun sekerdil-kerdil makhluk, kita terus mencampuri urusan Allah setiap masa. Layak kah kita sebenarnya mencampuri urusan Allah sedangkan mencampuri urusan orang lain saja setiap masa pelbagai tohmahan dan cacian yang kita dapat malah menjadi mangsa hinaan dan penyisihan barangkali. Kita menjadi manusia yang sentiasa kurang bersabar menantikan sebarang keputusan daripada Allah... semuanya mahu cepat dan segera. Seolah-olah kita menjadi manusia yang mengatur dan menentukan keputusan Allah kepada kita. Masyallah. 
Ini sebenarnya yang menjadikan kita bertambah derhaka dan syirik kepada Allah SWT setiap masa. Menyerahkan segala urusan kepada Allah (lagi-lagi dalam keadaan kita kesusahan dan hilang pergantungan) tetapi bila doa dan permohonan yang dipanjatkan lambat hasilnya mulalah kita mencampuri urusan Allah SWT. Buat keputusan itu, mula menminta pertolongan daripada makhluk, meminta ehsan selain daripada Allah SWT. Bila dapat hasil yang buruk, mulalah kita menyalahkan Allah SWT sebab memberikan sesuatu yang bukan yang diharapkan. sedangkan Allah itu Maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya meskipun kita pun tidak mengetahui sedikit pun tentang kekuasaan Allah. Malam ni solat istiqharah, malam ini juga aku mau resultnya. Mulalah syaitan dan iblis main peranan... diberikan pelbagai tanda-tanda terhadap permohonan kita... walhal tertipulah engkao wahai anak adam... sesungguhnya jarum hasutan ku itu untuk kau menderhakai Allah SWT. 
Fahami konsep ini jika kita mahu membezakan antara berserah kepada Allah dan berserah kepada takdir. Sebaik-baik hambanya adalah yang fana cintanya kepada Allah SWT, tidak mengharapkan sebarang balasan dan imbuhan daripada setiap amalnya. malah segala-galanya adalah untuk Allah semata-mata. Jika kita merasakan bahawa kehipuan di dunia ini adalah atas ketentuan Allah, biarkan sahaja Allah yang menentukan urusan kita. Kita wajid berusaha tetapi usaha yang tidak menentang hukum dan kekuasaan Allah. Kita wajib bertawaqal tetapi tawaqal yang berlandaskan kepada penyerahan kepada Allah semata-mata bukan dengan mencampuri urusanNya atau berurusan dengan makhluk lain. Jika engkau sudah berserah kepada Allah, maka setiap keputusan yang Allah turunkan adalah yang terbaik untuk hambanya, bukannya menyatakan bahawa aku berserah kepada Allah tetapi menciptakan takdir sendiri. Inilah sebenarnya kemudaratan yang dilakukan dan bertanggungjawablah kamu atas dosa-dosa yang kamu lakukan dan jangan sekali-kali kamu menyalahkan Allah SWT atas setiap takdir yang engkau tentukan. Sesungguhnya Allah Maha pemberi...dan tidak kurang walau sezarah pun kasih sayangNya pada hamba-hambaNya yang mempunyai jiwa-jiwa yang tenang dan sentiasa berserah kepadaNya. ya Allah, ampunkan aku, tiada daya dan upaya ku selaindari rahmatMu Ya rabb...
 

13:10

1/10: Pesona Negatif - catatan 1



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih… wah! negatif pun ada pesonanya sendiri. Hebat, selalunya, negatif ini memberikan pelbagai implikasi yang kurang menyenangkan. Bagaimana negatif ada pesona. Jangan terburu-buru menghukum, pesona syaitan laknatullah sebenarnya. Seindah dan selengkap kejadian yang Allah kurniakan kepada kita, jarang kita syukuri niqmatNya. Malah saban saat (saat tu, bkn lagi minit) kita sentiasa mengeluh dan terus mengeluh dan terus dijauhkan daripada mensyukuri niqmat Allah. Ini semua pesona syaitan dalam kehidupan kita, diajaknya kita membayangkan kehidupan yang indah-indah terhadap pesona dunia yang melalaikan. Diajaknya kita membandingkan apa yang kita miliki dengan orang lain. Kenapa hidup aku tidak sempurna hidup macam sipolan itu atau sipolan ini. Bermula episode kita mensyirikkan diri kepada ciptaan Allah… bukankah apa yang Allah turunkan dan berikan semuanya baik dan indah… kadang-kadang buruk pada kita tetapi cantik dan indah pada penciptanya. Kita mengkufuri niqmatnya. Inilah kehidupan kita sehari-hari, penuh dengan kekufuran kepada pemilik sekalian alam.
Jasad yang kita pinjam untuk beribadah kepadaNya setiap hari juga pandai meminjam pesona syaitan ini. Jarang kita berfikir secara positif dalam konteks beribadah. Semuanya payah. Solat 5 minit sahaja memang payah. Payah dalam erti kata, kita sudah setkan dalam minda dan pergerakan kita bahawa solat itu payah. Maka jadi payahlah. Pergi sahaja ke hospital, wajib kita akan mendengar orang meraung merintih dan mengeluh kesakitan yang disedekahi Allah kepada kita. Bukankah sakit itu menyucikan dosa-dosa kita yang lalu. Sakit itu sedekah sebenarnya, sepatutnya kita bersyukur sebab dalam lalai dan syirik kita, masih Allah ingat kepada kita malah diberikan niqmat sedekah melalui sakit. Bukan sahaja kita mahu bersyukur malah menyumpah sedekah yang Allah SWT berikan kepada kita. Hamba jenis apa kita ni sebenarnya.
Bila kita ada masalah pun, kita sering mengadukan kepada makhluk yang lain selain Allah SWT. Kalau dapat penasihat yang baik, okey lah jugak. Kalau dapat penasihat yang setaraf dengan syaitan dan iblis laknattullah… makin sesatlah kita… sebab tu kita kena hati-hati dengan orang yang memberi nasihat. Meminta nasihat kepada ahlinya atau kepakarannya. Bukan main semborono sahaja. Sebagai contoh… kalau penagih dadah nasihatkan kita jangan sekali-sekali terlibat dengan dadah, maka itu nasihat yang betul… tetapi biasanya kita akan mencemuh dahulu nasihat yang diberikan “ dia sendiri menagih dadah, ada hati konon nak nasihatkan orang jangan menagih dadah”- astagafirullahalhazim… seolah-olah ditutupkan hati kita menerima nasihat dari sumber yang jelas pelaku. Allah sahaja yang maha mendengar dan maha mengetahui, serahkan dan meminta sahaja kepada Allah, asal yakin, percaya dan ikhlas terhadap hakikat kepercayaan kita kepada kekuasaan Allah SWT. Kata orang Indonesia… cukup toh… pokoknya TITIK. Maksudnya, tiada yang lain selain Allah SWT. Jelas dong.
Berbalik kepada soal kebersyukuran kita, biasanya perkara negatif akan lebih dominasi daripada perkara positif. Paling jelas, bila kita sakit. Katakan sakit gigi tahap kritikal, sehingga tak boleh ada gangguan sekeliling. Apa lagi kalau sakit gigi sudah sampai ke kepala. Masyallah… “ jangan kau bising sana, bodoh kau…”  kompom makian yang kita dapat. Mau solat dalam keadaan sedemikian… Ampun Ya Allah, sakit gigiku, tak boleh solat. Padahal yang sakit cuma satu bahagian daripada sepuluh anggota yang lain. Analoginya, kenapa satu yang sakit maka Sembilan anggota yang lain ikut sakit. Yang sakit gigi, maka tangan pun ikut-ikutan sakit. Malah semua ikut-ikutan sakit. Menemani sakitnya satu bahagian tadi iaitu si gigi.  Jika difikirkan logic, kekuatan kita untuk menunaikan ibadat masih lagi utuh sebab ada Sembilan anggota lain yang masih menyerahkan diri kepada Allah SWT… sebenarnya bahagian yang sakit juga bermohon kepada kita ‘bawalah aku sekali dalam ibadahmu, jangan tinggalkan aku, nanti ditanya dipadang Masyhar, tidak tahu apa mahu dijawab’… ini lah sebenarnya pesona negatif yang dimain-main kan oleh syaitan dalam agenda ibadah kita dan hubungan kita kepada pencipta. Jarang sekali kita mahu berfikiran positif dalam hal-hal sedemikian. Jarang kita beristirja kepada Yang maha Agung…” sesungguhnya segala-galanya daripadaNya dan  ku serahkan segala-galanya kembali kepadaNya. Kita sebenarnya lagi senang mengeluh, berfikiran negatif setiap masa. Seharusnya kita bersyukur kepada Allah SWT sepanjang masa. Jika ditakdirkan tangan kanan hilang, maka ada lagi tangan kiri. Jika ditakdirkan dua-dua hilang… teruskan bersyukur sebab dua anggota yang kurang itu membantu kita mengurangkan dosa.  Sesungguhnya Allah SWT amat mengetahui apa yang ada dihadapan dan dibelakang kita dan tidak ada satu pun yang mampu melampauiNya. Cakap senanglah QM, cuba kena dengan kao… tengoklah nanti, kao bersyukur kah tidak… Ya Allah, tiada daya dan upaya ku ya Rabb… sesungguhnya semuanya atas RahmahMu.

08:29

Antara paluisme dan tidak beraqal


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang… tarawikh malam ketiga ramadhan, ditugaskan memberikan tazkirah pula. Sebenarnya, aku bagi tahu dengan pengerusi masjid, minta suruh orang lain sahaja yang memberikan tazkirah. Apa ada dengan aku ni… hanya seorang dai’e yang lebih layak dipanggil muallaf. Kosong dengan segala2nya… yang ada hanya untuk diri sendiri sahaja. Sebab pesan guru aku nak jadi orang yang menyampaikan ini, kena kenal dulu dengan Tuhannya. Jika masih belum kenal, jangan pandai-pandai nak memandaikan diri. Bagi jak yang asas syeikh… bila masa pulak aku jadi syeikh lagi ni. Binasa pulak akal aku memikir. Silap2 boleh jahanam amal macam ni. Masyallah…
Aku ni sudahlah ada potensi masuk neraka, disuruh pulak kita yang berpotensi besar ni memberikan tazkirah pada manusia-manusia yang bercita-cita masuk syurga kerana amal mereka lebih-lebih lagi di bulan yang penuh kerberkatan ini. Apa lagi alasan yang aku perlu bagi dengan sahabat ni pulak. Macam ni imam. Panggil sahaja ustaz-ustaz yang lebih berkelayakan lagi afdal kan… jawab si imam, nak bagi ilmu ni kan bukan semestinya ustaz kan syeikh. Alamak! Pandai pulak beliau ni bagi alasan. So’ aku pun bermula dengan lafaz Basmallah terlontar kalam bicara tuntutan solat antara tanggungjawab, mengerjakan dan mendirikan solat. Dikupas perlahan-lahan agar aku tidak terbabas memberikan hujah dan fakta yang salah. Semua jemaah mengangguk menyetujui kupasan dan pencerahan tazkirah tadi. Sehabis segalanya selesai, datang seorang jemaah menyapa dan bertanya. Mengapa ustaz gunakan perkataan palui, bodoh, bengang dan bebal pada insan yang melaksanakan solat sebagai satu tanggungjawab. Aku ingat sudah selesai kupasan, masih ada lagi ketidakpuasan pada istilah-istilah yang ku rasa tidak penting malah tidak perlu ditanyakan. Namun sifat berfikir melayu suka sangat menyuarakan cabang pendapat mereka pada suatu perkara yang tidak berasas ( kompom aku kena maki dengan statement ni). Alangkah baiknya kalau ustaz dengan nada lembut menggunakan istilah ‘ tak beraqal’ pada insan-insan ini. Perlahan aku cuba menanggapi maksud jemaah tadi. Aku senyum sinis, oh!patutlah, biasanya di kalangan masyarakat kita, biasanya istilah bodoh ini terlalu kasar bunyinya dan sipolan yang dilontar dengan istilah tersebut seolah-olah jatuh martabatnya kerana tidak mengetahui apa-apa pun. Istilah yang memalukan rupanya.  Biasanya kalau kita menegur seseorang itu dengan bahasa yang lembut seperti “ kao ni tak beraqal betul lah… tak elok kau buat macam itu ini dengan dia tu” – dirasakan bahasa tersebut agak lembut di dengar dengan konotasi yang kurang memalukan.
Perlahan-lahan aku memperjelaskan kepada jemaah berkenaan seringkas mungkin, malas sebenarnya berhujah panjang, nanti diminta buat tazkirah lagi… lagi bala aku. Macam ni, palui ni bunyi sahaja kasar tetapi orang-orang yang dilabel palui ni masih beraqal, beraqal dalam erti  masih bisa membezakan antara yang buruk dan baik., Cuma masalah tanggapan sahaja kata ku. Kalau tidak beraqal ni ibarat haiwan, kerana sebaik-baik ciptaanKu adalah manusia kerana yang membezakan haiwan dengan manusia adalah aqal. Kerana haiwan ini, ditegur macam mana pun memang akan sentiasa membuat kelaziman mereka. Sebagai contoh, keldai yang ditugaskan mengisar gandum. Keldai tu akan kekal berpusing pada kisaran tersebut sehingga tugas mereka selesai, sama juga dengan manusia yang kurang beraqal,  sudah ditegur untuk  kebaikan masih juga melakukan kesalahan. Padahal teguran itu atas sifat kasih sayangNya. Sebab kasih sayang Allah pada umatNya tidak terbatas, jadi kenapa harus menjadi haiwan yang tidak beraqal, beramal yang tidak tahu tujuannya. Beramal tanpa ilmunya. Ini lah sebabnya, saya rela di panggil palui, bodoh, bengang malah bebal daripada di cakap secara lembut “ tidak beraqal betul kao ini tau” sebab yang tidak beraqal ini adalah haiwan sahaja kataku sambil berlalu memberi salam kepada jemaah tersebut… mudah-mudahan dia mengerti dan mendapat hidayahNya. Ya Allah ampunkanlah aku… tiada upaya daya ku selain daripada kekuasaanMu ya rabb.

22:17

3A (aqidah, akhlak dan adab)

 
Dengan namaMu Ya Allah… semua orang sibuk nak mengejar A ++ dalam kehidupan. Pekerjaan lah, peperiksaanlah…malah sampai ke kediaman pun semua nak A++. Aku suka sangat, perlumbaan kehidupan macam ni (iye ker suka !)… macam tak ada penghujung ceritanya, bekejar sana sini… menunjuk, menayang, mempamer dan segala macam mem lagi lah…” aku tanya sahabat… sebenarnya kita ni kenapa ahh… ingat dulu masa kita kecil2 dulu, tiada pun beliau kita sibuk-sibuk kejar mengejar kehidupan mcm kita sekarang ni… malah pasal sekolah kita pun, berapa A++ yang kita dapat dalam peperiksaan pun nda pernah ditanya oleh beliau, tapi akhirnya jadi orang jua kita kan… sahabat bingung kejap… iyalah bah kan katanya. Semuanya serba serbi nak ada nilai dalam kehidupan, semua nak dijadikan berwajar setiap perkara yang kita lakukan dan hasilkan. Kalau tak ada nilai, maka itu bukan dinamakan hasil atau kejayaan. Macam pertandingan ratu cantik sahaja hidup kita ni… kalau nak sempurna kena dapat 10/10 ( mcm dapat A++ lah jugak tu)… masyallah, apa sudah jadi dengan masyarakat kita masa kini… berfikir mengalahkan kapitalis sahaja sifatnya…
Seharusnya dalam kehidupan ini cukup rasanya sebagai asas kehidupan kita menerapkan dan menekankan nilai kepada 3A dalam kehidupan muslim kita… Aqidah, Akhlak dan Adab… semua nilai ni rasanya sudah tercalar malah langsung tidak diberikan sebarang perhatian. Berapa ramai daripada kita yang berjaya dalam kehidupan memahami konsep aqidah… atau pemahaman kita setakat syadah, solah dan puasa saja ker… selebihnya aku sudah menjadi muslim yang baik dan sejati. Ini lagi perasaan Hebat yang Parah… (parah qalbu dan parah laku).  Ramai juga sudah di kalangan kita yang berjaya mencapai kehidupan yang baik.. tetapi baik kah akhlaknya. Bila masa kawan-kawan yang kurang berjaya menyapa, mula lah buat pandang nda pandang. Lagi-lagi yang pernah bermusuh dengan kita sewaktu dulu-dulu. Ini kali kau taw lah sapa aku, dulu kamu buli2 saja aku kan… (pernyataan hebat yang angkuh… hehe).  Belum lagi akhlak kita dengan Allah SWT…, dalam family pun sudah nampak, konon2 aku lah sudah jadi ‘somebody’ padahal baru sikit jak rezeki Allah SWT bagi… baru dapat jawatan dan gaji bagus sikit sudah angkuh. Ini perasaan akhlak bagus sebenarnya biadab pun. Dalam islam kita letakkan manusia ni dalam kategori manusia kurang akhlak dan adabnya… walhal orang lain yang berkorban untuk kejayaan dia tu, langsung tidak dipandang terutamanya ibu bapa ( gaji sebulan mau dekat RM3K-RM4K) tapi bagi beliau sebulan RM100 sahaja…sebab yang lain nak bagi kapitalis yang akan membawa kita mencium bau syurga           (syurga dunia kali, sebenarnya syurga jangan haraplah kan) pasal nak bayar hutang kereta lah (+ minyak dan maintenance lagi), baju lawa-lawalah… belum ipad, ipod, upod dan segala mcm pod lagilah.. yg touch, press, push dan sebagailah… belum lagi lelaki, RM10 sehari beli rokok buatan yahudi tetapi kalau sedekah di masjid bergegar tangan masukan seringgit dalam tabung akhirat tu ( tidak kamu miskin atau kurang harta jika kita berinfaq di jalan Allah). Kalau nak tulis panjang lagilah pasal akhlak ni…mcm nabil kata " lu pikirlah sendiri"

Ni belum A yang last pasal adab. Mungkin kita perasaan bahawa adab orang yang dibawah kita semakin teruk, anak-anak dan adik-adik kita semakin jauh terbuai oleh masalah adab. Jangan kira di sekolah, di rumah atau di majlis2 sosial… semuanya langsung tak beradab… kita pun ikit sama menggeleng kepala melihat telatah anak-anak ni bercampur baur lelaki dan perempuan. Rosak aqidah dan akhlak anak-anak ini tau… luahan rasa dalam hati. Jangan salahkan anak-anak ini… mereka ni mengambil iktibar dari kita sendiri pun… kita marah adik-adik kita couple dan balik jauh2 malam, kita sendiri lagi pandir… belum muhrim – solat jemaah ngan couple, selesai solat salam cium tangan tanda hormat dan kasih sayang pada pasangan kunun (ptui… ptui… ptui) lagi munafiq. Konon2nya beradab sesama pasangan lah kan… dan banyaklah contoh-contoh lain pasal adab kita seharian lah… memang lari jauh dr kehendak syariatlah...

Inilah masalah umat islam sebenarnya, kejar dulu 3A ni, perbetulkan dulu, kita sama-sama meningkatkan aqidah, memperbaiki akhlak dan adab sama ada secara vertical atau horizontal. Hidup ini indah… seimbangkan antara duniawi dan ukhrawi seperti yang ditunjukkan oleh Rasullah SAW. Akhirat hebat… di dunia pun Rasullah hebat.tak payah risaukan pasal makhluk lain selain Allah, pasal kehidupan, Allah SWT dah pun aturkan sejak azali lagi. Dia Maha Pencipta, Mengatur dan segalanya... ikut suka Dia lah nak mencatur sekehendakNya. kita ni usaha dan tawaqal jak. Pasal 3A ni, kalau dipraktikan seharian, Insyallah... Allah SWT  akan tunjukkan jalan yang benar...

08:49

Muallafnya Sang Aku... catatan buat NAL

Dengan nama Allah SWT... Ramadhan menjenguk kita lagi. Alhamdulillah, masih ada nafas ku atas RohNya untuk aku meneruskan amal di bulan yang mulia ini. Menghampiri separuh abad barangkali aku sia2kan hidup aku dalam menelusuri kehidupan mengejar sesuatu yang tidak pasti cuma barangkali duniawi... di mana ukhrawi ku, dilemparkan di tepi atau langsung tanpa menyentuh qalbu yang sentiasa merintih minta diisi, dipupuk, dibelai malah minta dimanjakan dengan isi2an kerohanian...
Perbualan maya dengan NAL yang pertama kalinya menyambut ramadhan tahun ini amat menggamit hatiku.  bukan dia sahaja yang muallaf bahkan aku juga seorang muallaf dalam baka agamaku. Aku tenggelam dalam dunia akal dan nafsuku selama ini..selama ini aku lalai dan lupa bahawa aku hanya makhluk ilusi yang diciptakan tidak lebih hanya untuk beribadah kepadaNya " tidak ku jadikan jin dan manusia selain menyembah dan beribadah kepadaKU". Aku hanya meminjam jasad malah roh nya sekali. Memikirkan siapa aku yang tidak bertempat dalam jasad hina ini, menjadikan aku lebih malu mengaku sebagai muslim. Islam kah aku, di mana iman ku, apa ehsanNya pada ku. Masyallah... dimana sudah ilmu yaqqin, Ainnul Yaqqin dan haqqul yaqqin... sedangkan aku secara total milikNya... hanya meminjam didunia yang hina ini sahaja... Dalam tegelincirku terlalu luas ruang syirik malah menjadi kafir dalam agama ku barangkali... subahanallah...aku buta dalam memandang Khaliqku... aku tuli mendengar khaliqku... aku bisu melafazkan zikir2 untuk khaliqku...
persoalan kini... islam sejati kah aku... atau menjadi kafir kah aku dalam agama ku atau muallaf kah aku... Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui... Tiada daya dan upaya aku ya Rabb... Ampunkan lah aku.