08:29

Antara paluisme dan tidak beraqal


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang… tarawikh malam ketiga ramadhan, ditugaskan memberikan tazkirah pula. Sebenarnya, aku bagi tahu dengan pengerusi masjid, minta suruh orang lain sahaja yang memberikan tazkirah. Apa ada dengan aku ni… hanya seorang dai’e yang lebih layak dipanggil muallaf. Kosong dengan segala2nya… yang ada hanya untuk diri sendiri sahaja. Sebab pesan guru aku nak jadi orang yang menyampaikan ini, kena kenal dulu dengan Tuhannya. Jika masih belum kenal, jangan pandai-pandai nak memandaikan diri. Bagi jak yang asas syeikh… bila masa pulak aku jadi syeikh lagi ni. Binasa pulak akal aku memikir. Silap2 boleh jahanam amal macam ni. Masyallah…
Aku ni sudahlah ada potensi masuk neraka, disuruh pulak kita yang berpotensi besar ni memberikan tazkirah pada manusia-manusia yang bercita-cita masuk syurga kerana amal mereka lebih-lebih lagi di bulan yang penuh kerberkatan ini. Apa lagi alasan yang aku perlu bagi dengan sahabat ni pulak. Macam ni imam. Panggil sahaja ustaz-ustaz yang lebih berkelayakan lagi afdal kan… jawab si imam, nak bagi ilmu ni kan bukan semestinya ustaz kan syeikh. Alamak! Pandai pulak beliau ni bagi alasan. So’ aku pun bermula dengan lafaz Basmallah terlontar kalam bicara tuntutan solat antara tanggungjawab, mengerjakan dan mendirikan solat. Dikupas perlahan-lahan agar aku tidak terbabas memberikan hujah dan fakta yang salah. Semua jemaah mengangguk menyetujui kupasan dan pencerahan tazkirah tadi. Sehabis segalanya selesai, datang seorang jemaah menyapa dan bertanya. Mengapa ustaz gunakan perkataan palui, bodoh, bengang dan bebal pada insan yang melaksanakan solat sebagai satu tanggungjawab. Aku ingat sudah selesai kupasan, masih ada lagi ketidakpuasan pada istilah-istilah yang ku rasa tidak penting malah tidak perlu ditanyakan. Namun sifat berfikir melayu suka sangat menyuarakan cabang pendapat mereka pada suatu perkara yang tidak berasas ( kompom aku kena maki dengan statement ni). Alangkah baiknya kalau ustaz dengan nada lembut menggunakan istilah ‘ tak beraqal’ pada insan-insan ini. Perlahan aku cuba menanggapi maksud jemaah tadi. Aku senyum sinis, oh!patutlah, biasanya di kalangan masyarakat kita, biasanya istilah bodoh ini terlalu kasar bunyinya dan sipolan yang dilontar dengan istilah tersebut seolah-olah jatuh martabatnya kerana tidak mengetahui apa-apa pun. Istilah yang memalukan rupanya.  Biasanya kalau kita menegur seseorang itu dengan bahasa yang lembut seperti “ kao ni tak beraqal betul lah… tak elok kau buat macam itu ini dengan dia tu” – dirasakan bahasa tersebut agak lembut di dengar dengan konotasi yang kurang memalukan.
Perlahan-lahan aku memperjelaskan kepada jemaah berkenaan seringkas mungkin, malas sebenarnya berhujah panjang, nanti diminta buat tazkirah lagi… lagi bala aku. Macam ni, palui ni bunyi sahaja kasar tetapi orang-orang yang dilabel palui ni masih beraqal, beraqal dalam erti  masih bisa membezakan antara yang buruk dan baik., Cuma masalah tanggapan sahaja kata ku. Kalau tidak beraqal ni ibarat haiwan, kerana sebaik-baik ciptaanKu adalah manusia kerana yang membezakan haiwan dengan manusia adalah aqal. Kerana haiwan ini, ditegur macam mana pun memang akan sentiasa membuat kelaziman mereka. Sebagai contoh, keldai yang ditugaskan mengisar gandum. Keldai tu akan kekal berpusing pada kisaran tersebut sehingga tugas mereka selesai, sama juga dengan manusia yang kurang beraqal,  sudah ditegur untuk  kebaikan masih juga melakukan kesalahan. Padahal teguran itu atas sifat kasih sayangNya. Sebab kasih sayang Allah pada umatNya tidak terbatas, jadi kenapa harus menjadi haiwan yang tidak beraqal, beramal yang tidak tahu tujuannya. Beramal tanpa ilmunya. Ini lah sebabnya, saya rela di panggil palui, bodoh, bengang malah bebal daripada di cakap secara lembut “ tidak beraqal betul kao ini tau” sebab yang tidak beraqal ini adalah haiwan sahaja kataku sambil berlalu memberi salam kepada jemaah tersebut… mudah-mudahan dia mengerti dan mendapat hidayahNya. Ya Allah ampunkanlah aku… tiada upaya daya ku selain daripada kekuasaanMu ya rabb.

0 comments: