11:59

Ya Allah... bimbinglah dia

Basmallah...Dengan izinmu ya Rabb, hambamu yang daif ini mohon izin kalam ini berbicara.

Hari ini ibadah qurban ku laksanakan sebagai satu proses posisi mencapai tahap kenabian tentang kecintaan kepada kh aliqnya. tentang tawaduk hambaNya, tentang rasa syukur tentang redha dan rahmatNya, tentang ikhlas dan segala-galanya adalah milikNya. Tiada satu pun di dunia ini yang bukan milikNya malah setiap sehalus zarah itu kepunyaanNya. Hebatnya Raja pemilik cinta. Cinta yang dilahirkan dari qalbu, dizahir melalui perbuatan dan ungkapan malah kutitipkan rasa itu pada semua makhlukNya yang selayaknya menerima rahmat dan kasihNya. Allahu Akbar.
Subuh ini aku titipkan sebuah bicara ringkas pada seorang hambaNya yang ku kenal dengan sifat pengasih dan penyayangnya. Masyallah, sifat yang membenihkan rasa cinta dalam diri ini. Sifatnya yang meletakan keikhlasan dan mencari redha illahi dalam kontek muamalat sesama makhluknya. Sifat ini yang aku pertahankan atas bicara kasih sayang dan mencintainya kerana Allah SWT. Satu pengakuan bai'ah dengan penciptanya, sesungguhnya insan ini jika kau ditakdirkan menjadi sebahagian daripada tulang rusukku akan ku dakap mu dalam dakapan illahi, akan ku jaga sepertimana amanah illahi, akan ku tatang sepertimana kasih sayang Rasulallah SAW kepada isteri baginda. Akan ku santuni kao dengan sehaluk akhlakku,  Akan ku pimpin kao mencari  jannah al firdausi. Masyallah, aku membayangkan bahawa insan ini kelak yang sanggup bersengkang mata mendirikan qiamullail bersama ku mencari redha dan rahmat Illahi, mengenal penciptanya dan akhirnya dengan cinta ini akan ku temukan cintaku kepada Allah SWT. Aku sanggup dicampak ke ruang yang tiada bidadari, malah tiada sungai yang mengalir susu dan madu asalkan Allah mengizinkan aku memimpin insan ini untuk menatap semua zat-zatNya.
Namun hanya sebatas ilusi dan sebatas aqal, sesungguhnya ketetapan Allah lebih hebat dari ketetapan makhluk. Mana bisa seorang manusia mengatakan bahawa yang sedih akan menjadi bahagia, yang pahit akan menjadi manis... sedangkan untuk 5 saat di depan kita juga tidak mampu mengetahui apa yang akan berlaku. Tetapi, bagi manusia2 yang hebat dan sentiasa mendahulu ketetapan Allah SWT mungkin boleh mengetahui apa yang berlaku sesuai dengan perancangan mereka. Halusnya permainan Allah SWT dalam menguji hambaNya. Bagaimana kita faham konsep qadha dan qadhar, bagaimana kita faham dengan takdir dan yang ironinya bagaimana dengan tauhidnya. Munafiq kah, fasiq kah atau syirik kah...wajar kah makhluk ciptaanNya minta jangan dikaitkan dengan agama Allah. lagi besar dosanya mengenepikan hak Allah. Nanti ditanya siapa kao... lisan menjawab aku lah hambaMu, tapi akhlak dan adabmu mengalahkan kufara laknatullah. Ya Allah... ke mana hilangnya cinta yang Kau berikan padaNya. Selalu orang berkata, kao tidak akan jumpa yang baik sebelum kao jumpa yang jahat. Bagaimana pula nasib manusia, yang semakin jauh dari tuhanmu setelah kao menemui seseorang yang anggap wiramu. Aku sudah GILA barangkali...orang selalu kata jangan menghukum, sesungguhnya itu semua kerja Allah. Tapi bagaimana pula dengan makhluk yang sudah menghukum dirinya sebelum Allah menghukumnya. Jelas lagi bersuluh perubahan yang sungguh ketara dan binasa pada pandangan aql. Masyallah, ampunkan aku ya Allah, agar aku tidak mengambil kerja-kerjamu ya Allah.

Adakah aku sudah tidak mengenal saudara seimanku... atau inikah kebenaran yang Allah tunjukan mengapa aku semakin dijauhkan atas dasar cintaku padanya. perlukah menolak kebenaran meskipun ia meyakininya sebagai sesuatu yang benar, hal ini difirmankan Allah Swt di dalam Al-Qur’an: Dan mereka mengingkarinya karena kezaliman dan kesombongan (mereka), padahal hati mereka meyakini (kebenaran)nya. Maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berbuat kebinasaan (QS 27:14). Subahanallah... Maha suci Allah yang menjadikan dan sentiasa memberikan ruang kepada hambaNya untuk kembali kepada fitrahnya yakni bertaubat kepada penciptanya. Mungkin aku salah interpretasi makna sebuah kesombongan atau aku buta menilai tentang erti sebuah harapan dan percintaan. Barangkali keyakinan aku longgar pada khaliqku... Yang aku pelajari sebatas aql ku tentang kebenaran bahawa Allah akan sentiasa membukakan kebenaran kepada sesuatu yang batil. Kebatilan tidak pernah mengatasi kebenaran. Aku yakin bahawa Allah akan sentiasa memberi hidayahNya tanpa perlu diminta. Sebab sifat dan zat Allah yang Al-Haq akan menitipkan segala kebenaran kepada hamba-hambaNya yang mengambil iktibar.

Mengapa insan yang ku kenal ini semakin jauh ya Allah... aku mengharapkan sebuah plot drama kehidupan yang telah Engkau rancangkan sebagai menaik untuknya, aku usahakan mentarbiyah dan mendidiknya melalui kefahamanku akan diriMu ya Allah. Aku barangkali gagal Ya Allah, ampunkan aku ya Allah. Aku mengharapkan agar akan lahir seorang puteri muslimah yang solehah yang sanggup berjuang di jalan Mu ya Allah dalam mencari redha dan baraqahMu sepertimana yang terlontar dalam lisan dan akadnya. Namun hanya air mataku berlinang mengenangkan apalah dosa seorang wanita yang ku anggap permaisuri melahirkan anak sepertinya. Aku semakin tidak mengenalinya... dia bukan lagi wanita idamanku malah seorang perempuan yang langsung tidak pernah ku kenal.. Bukan aku menidakkan atau menghina makhluk ciptaanMu ya Allah... cuma aku merasa agak janggal dan aneh. Bagaimana bisa seorang wanita yang Kau titipkan kepadaku suatu masa dahulu lebih senang memiliki emas palsu sedangkan Engkau telah memberikannya emas tulen. tidak kah dia mengambil iktibar dan bukankah sewajibnya menjadikan segalanya yang berlaku sebagai pedoman... Ya Allah, di subuh bening ini aku memohon kepadaMu ya Rabb... janganlah kau sesatkan anak ini dari landasan yang sebenarnya. Barangkali dia masih tidak mampu memahami betapa indahnya musibah dan fitnah yang Engkau berikan. Barangkali dia tidak memahami bahawa Engkau adalah jaminan dunia dan akhirat dan bukan pergantungan kepada makhluk. Doaku padanya ya Allah, mudah2an dia masih mengenal islam itu agamanya, Allah itu tuhannya yang Esa dan Muhammad itu utusan sunnah. Sehingga kalam ini terhenti, qalbu dan aql ku masih tidak bersatu. Mudah-mudahan dengan kasih sayang Mu ya Rabb, masih ada ruang untuknya kembali ke sisi mu dan selalu meletakan harapan kepadaMu. Selama aku hidup,  kasih sayang makhluk hanya sampai di tepi kubur sahaja tetapi kasih sayangMu ya Allah tiada batasannya. Mudah2an sifat bongkak, takbur dan sombong pada lisan dan perbuatannya sama ada dia sedar atau tidak ya Allah akan Engkau ampunkan ya Allah. Ampunkanlah dosaku, kaum keluargaku, saudara seimanku serta umat Muhammad lainnya. Biarlah aku kekal mencintaiMu ya Allah, sesungguhnya walaupun cintaku padaMu hanya sebesar malah lebih kecil dari hama tetapi aku mengetahui bahawa kasih sayangMu dan cintaMu seluas-luasnya tanpa batasan. Aku redha diperhinakan manusia daripada Engkau memalingkan wajahmu daripada memandangku.
Tiada daya dan upaya ku ya Allah melainkan hanya dengan izinMu...
 

04:33

Buat Sang Pencinta III

kerana cinta duri menjadi mawar
kerana cinta cuka kembali menjadi anggur segar
kerana cinta kesakitan menjadi penawar
kerana cinta kemalangan menjadi keuntungan
kerana cinta penjara di rasakan kedai mawar
kerana cinta timbunan debu menjadi taman
kerana cinta api berkobar menjadi cahaya menenangkan
kerana cinta syaitanberubah menjadi bidadari
kerana cinta batu keras menjadi lembut bak mentega
kerana cinta duka menjadi riang gembira
kerana cinta hantu menjadi malaikat
kerana cinta singa tidak lagi menakutkan umpama tikus
kerana cinta yang sakit menjadi sihat
kerana cinta amarah berumah menjadi ramah...                                                     JR


Subahanallah... telah habis kikis semua cintaku padaMu ya Rabb
Tiada daya dan upaya ku melainkan dengan kekuasaan dan kebesaranMu...

02:23

Seharusnya hidup ini bagaimana...

Basmallah.... Dengan NamaMu ya Rabb, pemunya qalbu dan jasad.

Kadang-kadang jika direnungkan sedalam-dalamnya tentang persoalan dan pengolahan hidup ini agak menyukarkan dan menyulitkan. Paradok kehidupan yang menjadi dilema dan polemik. Kadang-kadang bisa menjadi satu persidangan membuat keputusan dan memilih. Apa yang harus ku buat, ku pilih dan ku lakukan, malah persoalan berak sekalipun boleh menjadi persoalan. Di mana harus aku 'melabur', di tandas murahan atau tandas hotel lima bintang. Padahal outputnya tetap sama, malah tidak jauh beza baunya antara kedua-dua tandas tersebut. ini baru persoalan memilih, makan sebagai contohnya, di mana harus aku makan, apa harus dimakan dan siapa rakan akan menemani makan juga menadi persoalan hidup kita setiap hari. Padahal persoalan makan ni, kalau tidak mengikut sunnah yang betul, ibarat menempah katil 10 tahun akan datang... di wad dan katil berapa aku harus istirehat dan bahagian mana anggota di badan ini harus ku sedekahkan. Semuanya gara-gara dan angkara mulut dan perut. Semuanya anggota dan natijah yang berakhir huruf T, apa tidaknya Makan di muluT then masuk ke peruT akhirnya genduT, akhirnya dapat gouT, jalan terhenjuT-henjuT, terlantar menunggu MauT. Nah! inilah ilham Maha Berkuasa. Satu lagi penyakit yang dihujungnya T, sapa dapat penyakit ni memang sia-sia hidupnya iaitu gila duiT. hahahaha. Masyallah. Kalau ada lagi persoalan lebih besar, ke syurga atau neraka harus ku pilih... kalau diberikan syurga pulak, syurga mana harus ku tuju, tingkat berapa, apa fasiliti yang disediakan. Kalau diberikan Neraka, tak mahu pulak dah.... takut dan ngeri. iya ker? betulkah neraka itu menakutkan dan mengerikan... 

Kadang-Kadang persoalan memilih dan menetukan ini kita serahkan pada orang disekeling... walhal tidak pernah diminta pun. Mereka-mereka ini sanggup memberi perkhidmatan secara percuma. Akhirnya apa yang kita mahu buat semuanya serba salah. Buat ini salah, buat itu salah. akhirnya semuanya menjadi masalah. Pa yang kita rasa benar, itulah menjadi salah pada fikiran mereka. Apa yang salah pada pandangan kita, itulah benar pada takrifan mereka. Kita harus belajar menghormati keputusan majoriti kerana itu adalah keputusan arus perdana. Jadi keputusan kita yang menyongsang arus ini di anggap salah. Padahal kadang-kadang yang menyongsang ini adalah benar pada kemahuan Allah SWT, tetapi masih mahu juga kita menentang ketetapan Allah. Hidup menjadi huru hara sebenarnya jika manusia diberikan kuasa untuk menentukan kemahuan, kehendak dan nafsu mereka. Bayangkan kehendak seorang penoreh getah yang berkehendakan panas sampai ke petang, dengan harapan getah yang ditoreh dapat mengeluarkan susu dengan banyaknya dan rezekinya pun bertambah pada hari itu. Manakal seorang petani pula mahukan hujan sampai ke petang dan mampu mengisi pengairan sawah mereka dan dapat menumbuhkan biji benih yang di semai. Masyallah, jika ini yang berlaku setiap hari, apa akan jadi dengan dunia ini. Hari-hari, dunia ini huru hara jadinya. Semua ahli klimatologi bingung memastikan jenis iklim dan perubahan cuaca dunia yang berlaku. Ini baru satu perkara dalam menentukan cuaca. Ada berjuta lagi kemahuan dan kehendak manusia setiap hari. Mari kita merenung sejenak kehebatan dan kekuasaan Allah SWT dalam mengatur kehidupan makhlukNya. Hebat kan, tidak ada satu pun yang tertinggal dalam konteks pemantauanNya. Semuanya di atur dengan baik dan syumul sifatnya. Yang miskin dapat rezekinya dengan sedekah daripada yang kaya melalui anugerahNya. Yang buta dapat berjalan dengan pimpinan si celik melalui anugerahNya. Si pekak dapat mendengar melalui jurubahasa yang normal melalui anugerahNya. Yang sakit dapat diubati oleh si doktor atau si tabib melaui ilmu anugerahNya. Semuanya dengan anugerahNya. Tidak ada sesuatu pun yang tertinggal. Semuanya akan balik kepadaNya. 

Jadi kenapa kita harus sibuk menentukan dan mengambil kerja-kerja Allah yang memang menyulitkan bagi manusia. Sibuk mengatur dan menentapkan tentang si polan itulah, sipolan inilah. Masing-masing sudah Allah SWT tetapkan dengan skripnya sendiri. Tidak ada yang terkeluar satu pun pelakon-pelakon itu. Semuanya sibuk mengambil peranan dan tugas masing-masing. Ada seorang mualim bertanya kepada aku. Apa sebenarnya yang kita mahukan dalam dunia ini sebenarnya. Aku jawab ringkas jak. " apa yang Tuhanmu mahukan, bukan apa yang kau mahukan". Itu sahaja pun, tidak lebih atau kurang daripada itu. Namun sebagai hamba ini kita GAGAL melaksanakan peranan mengikut sebuah skrip yang telah ditetapkan. Bayangkan kita menonton sinetron yang diolah plot ceritanya yg cukup menarik, tiba-tiba ada slot skrip lain termasuk dalam sinetron itu. kan sudah menjadi pincang plot ceritanya kan. huhu. Inilah masalah manusia, lain peranan yang dibagi, lain juga dialog yang diucapkan. Ada perkara yang bukan ditentukan untuknya pun dia sibuk mengatur dan mengurus. Sedangkan Allah SWT telah memberikan peranan masing-masing. Ramai orang bercita-cita menjadi guru, namun akhirnya jadi cikgu sahaja. sebab apa, tidak memahami apa yang tersirat daripada yang tersurat. Kenapa perlunya aku menjadi seorang cikgu bukan seorang guru. hahaha. fikirkan ya. Sama juga dengan skrip orang-orang atasan. Apa kao ingat kao layak duduk memegang kuasa sebab kao pengarah atau ketua jabatan. Ptuiiiii.... semua ni hamba suruhan Allah yang diamanahkan untuk berbakti kepada hambaNya yang lain. Bukannya membuli atau practise of power kepada orang bawahan. Tapi keadaan sebaliknya berlaku, sebab apa... sebab orang bawahan sendiri yang membenarkan pendewaan berlaku. Walhal yang sebenar-benarnya hebat dan perlu diagungkan adalah Allah SWT sebenarnya bukannya makhluk. Banyak sebenarnya contoh kepincangan manusia kalau nak dibuka hijabnya. cuma, tidak boleh kah kita menjalani kehidupan mengikut skrip yang sudah Allah tetapkan. Tidak payah lah sibuk dengan ketamakan harta dan kasih sayang makhluk yang lain. Cukup dengan apa yang  telah  Allah berikan kepada kita setiap hari. Allah Maha mengetahui sukatan untuk rezeki kita sebenarnya setiap hari dan apa yang kita perlukan. Tak payah kita sibuk menentukan siapa jodoh kita, berapa banyak rezeki yang aku perlukan atau apa-apa pun kan. Tapi bila difikir olah aql yang terbatas ni... kalau tak diusahakan mana nak dapat semua tu kan. Serba salah pulak jadinya. itu salah... ini pun salah. Jadi harus bagaimana ya melayari bahtera dan kembara kehidupan ini. Masyallah... ampunkan bicara kalam ku ya Allah... tiada daya dan upaya ku selain semuanya milikMu ya Rabb... 

tetiba aku teringat Tuhanku.... ada hakNya yang belum disempurnakan.  




02:16

Rerama dan Cinta : buat sang pencinta II


Manusia dalam dunia ini mentafsir cinta
ibarat tiga ekor rama-rama
yang mengelilingi api lilin.

Rama-rama pertama menghampirinya
 lalu berkata;
"aku tahu apa itu cinta."
Rama-rama kedua menyentuhnya sedikit dengan sayapnya
 kemudian berkata;
 "aku mengetahui betapa api cinta membakar.”
Rama-rama terakhir mencampakkan dirinya
 ke teras api
lalu terbakar.
Dia saja yang mengerti cinta sejati.

(Farid Ad-Din 'Attar)

Adakah cintamu sejati sehingga kau sanggup membakar dirimu atau hanya dirimu setakat tahu engkau hanya mencintai dan dicintai...  Tiada Daya dan Upaya ku, Hanya padamu ku serahkan segalanya Ya Rabb....

10:17

Wah...akulah transformer

Dengan Segala kebesaranMu ya Allah...sebulan rasanya blog ni tak diupdate. banyak ilham, iktibar dan ilmu yang Allah berikan sebagai rezeki kepada hambanya yang hina ini. Cuma lisan sahaja yang gatal dan tak kenal diuntung... "mau lah ditampar mulut ku sendiri". Ikut sedap lisan sahaja, walhal punca dosa yang tak terkawal adalah lisan. Semua keluar tanpa sedar, padahal sudah ditegah dan cuba di kawal. Benarlah, kadang-kadang betapa halusnya syaitan menipu kita. Walhal, syaitan bukan pintar mana pun. namun kekal juga manusia kalah dalam permainan dan tipu dayanya.
Allahu Akbar, sesungguhnya Allah Maha Besar dan tiada keagungan selain engkau ya Allah. tergerak kalam ini berbicara tentang transformasi dan perubahan. Kadang-kadang terfikir, susah sangat kah kita menerima perubahan orang lain ke arah kebaikan. selalu menjadi bicara, si polan sudah berubah lah... si polan tidak sudah bercerita tentang dunia... di mulutnya hebat berkata-kata tentang akhirat. Wah! jujurnya, itu pujian atau kebodohan manusia yang tidak mengenal diri dan penciptanya. Yang memuji tidak pulak kurangnya, wah! hebat bahasa lontaran lisannya, dari pengajian mana pulak manusia yang bertazkirah ni. Mesti Madinah atau Mekah pengajian agamanya.  Aku tergelak melihat kebodohsombongan manusia yang ada disekeliling. Riak, ujub, sombong dan angkuh mengaratkan hati yang sedia berkarat kesan dek pujian dan penghormatan manusia di sekeliling. Tak masuk dek aql dan qalb aku plak pujian dan penghormatan manusia ini. makin aku menjauhi diri dari mereka. 
Aku berkongsi rasa dengan sahabat dan saudaraku... dalam ketawa dan bercampur nada sinikal, sahabat bertanya " Apa kao rasa". Aku kata, mengerikan sungguh manusia sekeliling ku. Bila masa aku bercakap tentang akhirat. Nda pernah aku rasa, lisan ku bercakap tentang syurga dan neraka. Bukan sebab tidak tahu tapi takut bercakap sesuatu yang tidak dapat kuperjelaskan. Bila masa aku pernah menjejaki ke akhirat, melihat syurga dan neraka. Adakah flight ke akhirat yang dikonsesikan oleh MAS atau Airasia. teringin juga nak menempah, walaupun tiket penerbangan mencecah jutaan ringgit. Aku sanggup bergolok bergadai jika ada penerbangan ke sana.  Bayangkan kita bercakap sesuatu yang tidak pernah kita alami... walaupun termaktub di dalam kitab bahawa inilah bayangan yang ada dalam syurga dan neraka, tapi siapa kita cuba memperjelaskan sesuatu yang tidak pernah kau jejaki dan alami. Ilmu itu hanya sebatas lisan sahaja, dan aql yang sedia ada bukan boleh membayangkan atau memperjelaskan kuasa Allah SWT.secara total . Jauh daripada itu, kita sebenarnya sedang diuji oleh Allah SWT tentang konsep kewujudan dan kehambaan dalam perjalanan hidup ini. itu sahaja. 
Bukan menjadi dosa sebenarnya, kita bercakap tentang membawa jiwa-jiwa manusia yang sedang lemas dan tidur sepertimana tidurnya ulama-ulama kini atau dustanya ahli-ahli agama yang dulunya adalah agamawan tapi kini lebih ramai yang menjadi agama'wang'. Jelas sejelas-jelasnya, memperkatakan sesuatu yang baik sifatnya tentang kasih sayang Allah, kebaikan, pemurah, penyanyang dan pengasih Allah SWT kepada orang lain adalah sesuatu yang dituntut dalam agama. Kita tidak perlu menciptakan pengikut  tetapi cukuplah kita mengingatkan jiwa-jiwa yang lain supaya sentiasa tenang mengingati Allah SWT. Bayangkan satu dunia dalam keadaan berkasih-kasihan, tanpa prajudis dan prasangka. dan semuanya bertasbih tentang mengagungkan dan mengesakan Allah SWT. Masyallah... hebat sebenarnya, Jadi tidak perlu ada sindiran dan senyum sinis mengatakan bahawa sudah berubah si polan itu dan ini. Yang perlu jadi iktibar ialah, "adakah aku masih kekal dalam syirik dan jahil ku tentang siapa penciptaku dan sebab aku diwujudkan". Tidak kah ada rasa malu dalam diri bahawa orang lain berubah mencari kebaikan  dan aku masih kekal lagi dalam kepompong lama ku, umur makin berkurang, iman makin menipis, dosa semakin menebal. Orang lain sudah menjadi rama-rama yang cantik, terbang bebas dan merdeka menikmati keindahan dan keagungan ciptaan Allah. Aku masih kekal lagi dalam penjara kesombongan aku. Subahanallah.
Nah, inilah sebenarnya syirik manusia kata sahabat. masih sombong dengan janji-janji Allah dan masih memperakukan kehebatan diri sedangkan yang Maha Hebat adalah Allah SWT. hanya Dia, Dia dan Dia lah segala-galanya. Jadi, bila diajak mengarah kebaikan malah kita pula yang menjadi bahan tawa dan sindiran, Bagi aku mudah, kataku dengan sahabat. Memang tak masuk dalam qalb dan aql aku tentang pujian dan kutukan manusia ni. setakat penghargaan manusia ini, hahaha. memang aku dah talak tiga pun, yang aku perlu. Adakah Allah SWT masih memandang aku... mengingatiku, mengasihi dan menyayangiku dan mengampunkan ku. Kerisauan aku hanya ini. Jika Allah menutup pandanganNya padaku, di mana harus aku berada lagi. tiada sudut didunia ini aku diredhai dan aku tiada tempat disisiNya. Takat aku tidak dihargai kerana jasa-jasaku dan kebaikanku, tidak aku akan mati, malah sukanya kalau boleh aku dilupakan oleh sebab kebaikan aku itu. Aku tidak mahu terikat dengan manusia-manusia yang memandang kebaikan aku semata-mata. Sebab itu semuanya dusta dan pembohongan semata-mata. 
Ya Allah.. Tiada Daya dan Upaya aku. Ampunkan lah dosaku dan dosa kaum keluargaku, saudara2ku dan kaum golongan mukmin.

12:47

Taubat: Alamak Lupa Lah Pulak...

Dengan izinNya mohon kalam tinta ini berbicara... sebab semua yang ku miliki adalah Miliknya, aku hanya jasad dan ruh yang meminjam, sampai masa bila perlu, akan aku dipulangkan semula, mudah2an aku bisa mengembalikan dalam keadaan yang sempurna dan baik sifatnya. Insyallah. Agak pelik kan tajuk ni kan... siapa sanggup mengambil kerja-kerja Allah, yang tidak pernah mengantuk dan tidur dan sentiasa menjaga makhlukNya sepanjang masa tanpa terbabas sedikitpun...
Insan, manusia, atau apa pun pengkelasan yang diberikan sama saja sifatnya, pelupa. Lupa bahawa kita ini adalah jasad dan roh yang dipinjamkan atas muka bumi ini. Dari sejarah Nabi Adam lagi Allah selalu melarang dan menegah yang berkaitan dengan kerosakan dan kemungkaran, tetapi itulah yang paling seronok dilakukan. Mengapa ya, manusia selalu lupa, padahal 25 manusia diangkat menjadi Rasul sebagai penyuluh dan pembimbing namun masih juga manusia lupa. Pelbagai pengajaran dan iktibar Allah SWT turunkan dan berikan agar manusia sentiasa ingat dan bertaqwa padaNya. Namun jawapannya masih juga lupa. Jika dapat dikongsikan sesungguhnya sebelum kejadian zahir manusia ke dunia, telah terikat akujanji antara manusia dengan Allah akan hakikat ketuhanan. Sesungguhnya Engkau adalah Tuhan dan tidak ada Tuhan selain Engkau ya Allah, dilafazkan sehingga kelahiran digenggam perjanjian tersebut dalam genggam yang erat ( perhatikan tangan bayi, akan kekal menggengam sehingga selepas 6 bulan barulah terlepas genggaman tersebut, Masyallah). Malah dalam rahim sekalipun, genggaman ini erat sehingga kelahirannya. bayi ini membesar dalam keadaan amnesia dan akujanji itu semakin kabur dan terus kabur. Iyakah, aku pernah berakujanji, bilakah dan dimanakah peristiwa itu. Inilah keadaan manusia yang suka melupakan janji... apalah sangat janji kita dengan manusia, janji dengan Allah SWT kita boleh lupakan. Sebab tu ramai manusia menjadi munafiq, fasiq dan kufur dalam sedar tak sedar. Kenapa sedemikian, manusia awam ni nak difahami mudah saja, setiap tindakan yang memberikan keuntungan kepada mereka pasti akan mudah melupai janji. Sebab tu lah, Allah berfirman, jangan lah kamu meminta selain daripada Aku, sebab Allah yang maha mengetahui akan sifat manusia yang pelupa ini. Kalau meminta dengan manusia, kita jadi manusia yang berharap dengan makhluk, makhluk yang diharap ini pun memang tak boleh diharap. kata orang negori, "buek mengabih boreh jo"...
Hari ini Allah SWT bagi satu lagi pengajaran yang cukup istimewa... langsung tanpa cut. Seorang anak kecil anak seorang sahabat yang bertandang ke rumah bertanya dengan aku. "bila pacik nak bertaubat ni"... gelak sakan aku dengan pertanyaan tu. walhal dalam qalbu... Masyallah, sesungguhnya Maha suci Engkau ya Allah yang mengingatkan aku tentang taubat daripada seorang anak kecil. Mana tidaknya, anak yang masih bersih dari sifat-sifat munafiq dan fasiq bertanya langsung kepada kita soalan yang sepatutnya ditanya oleh alim-alim ulama, ahli-ahli fuqaha tetapi jarang pula aku dengar daripada golongan ini soalan-soalan berkenaan. Barangkali golongan alim-alim ni jarang bercampur dengan golongan marhaein macam aku ni, atau golongan ini selesa dengan kelompok mereka-mereka sahaja, ataupun sudah habis lidah daqwah golongan ini untuk orang macam aku yang berhimpun segala dosa, entah dapat dibersihkan atau pun tidak, wallahhualam, hanyalah Allah sahaja yang dapat memberi keampunan atas dosa-dosaku.
Berbalik kepada persoalan manusia pelupa, adakah persoalan taubat juga selalu dilupakan. berapa kali dalam sehari kita istighfar memohon keampunan kepada Allah. Rasulallah SAW yang ulul azmi dan maksum juga tidak pernah melupakan istighfarnya. Yang dijamin oleh Allah sebagai manusia pertama melangkah ke syurga juga tidak pernah putus-putus memohon taubat dan keampunan kepada Allah SWT. Malah disekeliling kita hari ini, semakin rancak musuh-musuh Islam mengajak kita melupakan istighfar dan digantikan dengan pesona lagu-lagu syaitan dan hiburan yang melalaikan. Bahkan dalam kita berhari raya ni pun, kita sudah melupakan segala amal dan ibadah ramadhan kita. Siapa lagi yang mengunjungi masjid setiap malam untuk jemaah... kompom hanya 1% sahaja barangkali yang masih ke surau atau ke masjid, itupun jawatankuasa masjid barangkali. Jika tak ke masjid atau surau, nanti apa pulak orang lain kata kan. Nama pun jawatankuasa masjid, kenalah ke masjid kan. Kalau bukan ahli, mungkin pandang saja lah bah kan tempat terawih dan tadarus ramadhan tu kan, al maklumlah balik kepada fitrah, jadi manusia pelupa semula... syaitan pun sudah lepas, jadi aktiflah semula rayuan-rayuan keasyikan ke arah kelalaian tu kan. Samalah macam aku ni... nasib baik juga ada anak kecil mengingatkan aku suruh bertaubat.
Dimana sudah amal jariah dan sedekah yang sewaktu ramadhan pada anak-anak yatim, ibu tunggal dan sebagainya yang layak menerima. Habis sudah tau bajet sedekah, pasal banyak sangat aku abis beraya sakan,mengganti sana sini dengan barang-barang baru, buat rumah terbuka, sekali buka kopak aku dalam 3-4 ratus kan. (kalau RM300 X 10 kali open house = RM3000, sedekah dengan golongan yang memerlukan lagi faedah. tetamu yang hadir pun bukan calang-calang orang, semuanya yang tidak boleh menjamah hidangan sedap-sedap sudah pasal banyak penyakit. Bagus sebenarnya  mengeratkan sialturahim ni, tapi berpada-padalah bah kan, saja ja tulis macam ni, ajak berfikir sekali)  Nah, itulah kita, orang beraya sehari sahaja cukup, tetapi kita sampai sebulan. sepatutnya sambung semula amal ibadah yang dibuat sepanjang ramadhan sehingga ramadhan tahun depan. Ini tidak, segala-galanya sudah dilupakan. Apa yang penting, sepanjang syawal ni, penghargaan daripada manusia itu penting, tetamu yang datang mesti tengok renovation rumah ala-ala english aku, interior yang mengalahkan mat salleh walaupun tinggal di Malaysia. Tetapi renovation qalbu langsung diabaikan, macammana lah Allah SWT nak bagi penghargaan. Rupanya kita ni tidak faham hakikat kehidupan sebenar kan, masih lagi menilai bentuk dan rupa sedangkan Allah SWT sudah mengajarkan jangan memandang bentuk dan rupa. apa yang penting keredhaan Allah dalam kehidupan kita itu yang lebih utama. Bukannya besok, bila kita mati, kain kapan corak english berbunga-bunga yang dibawa... cuma kain harga RM3.20 semeter juga yang dibungkuskan dan bukannya keranda yang dicat putih yang dijadikan penutup, cuma kepingan-kepingan kayu yang belum diketam halus sahaja yang menjadi dindingnya sahaja.
So' apa kata kita sahut cabaran anak kecil yang mengajak orang-orang tua bertaubat. Jangan risau, taubat tiada pintunya, Allah sentiasa menerima taubat hambaNya dalam keadaan macammana sekalipun, yang penting sedia berubah mengarah kehidupan muslim yang lebih bertauhid, bertaqwa dan taat kepada khaliqnya. Jangan percaya dengan kata-kata sesiapa pun bahawa pintu taubat akan ditutup, sampai sekarang pun belum pernah ada sesiapa pun jumpa pintu taubat.  Dan ingatlah bahawa Allah SWT setiap saat memberikan hidayahNya pada hambaNya cuma sebijak kita sahaja sanggup mengambil iktibar dan sesiapa yang memberikan iktibar tidak penting, yang penting apa yang dilontarkan itu memberikan peringatan kepada kita yang sering lupa dan lalai sebagai 'peminjam' dan "tidakKu jadikan jin dan manusia selain berdiri dedepanKu"...
Sesungguhnya tiada daya dan upaya ku Ya Allah, sesungguhnya engkau yang maha berkuasa atas setiap satu-satunya... Ya Allah ampunkan dosa ku, dosa ahli keluargaku dan dosa kaum muslimin dan muslimat. Ampunkan lah atas kelalain dan kealpaan kami sebagai manusia, sesungguhnya engkau sentiasa memberikan peringatan akan hari qiamat. Amin

10:48

Khutbah Tanpa Roh

Dengan KebesaranMu ya Allah yang sentiasa memperingatkan... hari ini jumaat bertandang lagi, semakin pantas masa berlalu, namun dalam kepantasan masa yang berlalu, rupanya dalam kita sedar tak sedar ada yang masih kekal dalam kepompong, mungkin belum bersedia menjadi rerama yang cantik barangkali atau takut mengalami perubahan sepantas perubahan dunia. Dalam masjid hari ini, dengan manusia yang pelbagai ragam dan bentuk... aku dimomokan lagi dengan khutbah usang yang bagiku hanya sebagai pelengkap fardhu jumaat berkenaan. Minggu sebelumnya, perisianannya lebih kurang serupa sahaja. Dihujung sebelah kiriku, hamba Allah khusyuk melayan kantuknya sambil berzikir (maklumlah, kepala seolah-olah orang berzikir), di sebelah kanan ku pulak seorang hamban Allah sibuk menoleh ke kiri kanan memerhatikan sekeliling, barangkali dalam fikir jahatku, mungkin si kawan  berfikir bila khutbah ini selesai dan solat jumaat dimulakan, barangkali banyak urusan dunia yang perlu diselesaikan. Di mana silapnya, bila anak-anak remaja yang berada dibahagian belakang masjid bercerita tentang keseronokan hidup mereka. Apa yang istimewa sangat pasal solat jumaat ni, iyalah, solat biasa yang hanya menghimpunkan puluhan atau ratusan jemaah di setiap permastautinan setiap waktu, atau masa untuk mennginfaqkan harta ke jalan Allah menerusi tabung-tabung yang beroda barangkali. 
Aku merasakan bahawa ada satu roh yang hilang setiap kali jumaat yang berlangsung... seolah-olah jumaat itu mati tanpa pengisian. secara jujurnya berapa ramai daripada kita mengambil iktibar dari khutbah yang dibacakan khatib di atas mimbar dengan tongkat kuasa yang dipegang. Atau hanya mendapat sedikit rasa bertaubat tetapi selepas melangkah keluar masjid, hilang begitu sahaja rasa taubat berkenaan. Dimana silapnya hilangnya roh tersebut... adakah sang khatib tidak ikhlas mengajarkan ilmu pada jemaah atau sekadar melaksanakan tugas sebagai khatib atau jahatnya " kao dengar kah atau tak dengar bukan masalah aku, tugas aku adalah menyampaikan (tabligh) pada jemaah, lain kao tanggung sendiri. Jawatankuasa masjid sudah menampal " Dilarang berkata-kata sewaktu khutbah disampaikan". Atau penulis teks khutbah jumaat yang tak ikhlas menulis menjadikan teks khutbah menjadi hambar dan tawar. Atau hanya menjadikan teks khutbah salin tampal sahaja dan deliver pada jemaah atau bosan barangkali asyik menyediakan teks khutbah tetapi jemaah tak juga ambil kisah. Kekadang aku terfikir, aku bukan agamawan, hanya seorang pendidik biasa sahaja, kadang-kadang sahabat aku berseloroh, dengan hanya pental pen sahaja aku menghabiskan kuliah 2 jam. Secara peribadi, inilah roh proses pengajaran dan pembelajaran yang perlu aku terapkan pada pelajarku, mengajar mereka berfikir bukan menjadi burung bayan " meluah apa yang ada dipowerpoint dalam peperiksaan".
Balik kepada persoalan khutbah, haruskah kita membiarkan proses yang sama terus berlangsung... orang datang kosong dan balik kosong tanpa ilmu dalam khutbah yang diambil. amalan apa yang ada pada jemaah, jika khatib yang duduk di atas mimbar juga tidak memikirkan kaedah yang sesuai untuk memenangi hati jemaah. Bukan kah akhirnya menjadi satu dosa kepada kita membiarkan jemaah balik dalam keadaan kosong sedangkan qalbunya lapar dan dahaga akan ilmu dalam lontaran khutbah. bagi aku mudah sahaja, ini dakwah dan menyampaikan walaupun satu ayat kepada jemaah adalah fardhu untuk bekal amalan mereka, justeru, pihak khusus perlu mencari alternatif supaya jemaah datang, merenung dan memikir isi khutbah dan memperkuat tauhid, taqwa dan taat mereka kepada Allah dan Rasul. Sama juga dengan pihak kementerian atau jabatan, jangan lah pedulikan sangat persoalan politik itu tak boleh atau ini tak boleh dalam khutbah... jika sesuatu isu itu mampu mendidik aqidah jemaah, lontarkan sahaja, biarkan jemaah berfikir dan menentukan, ini asyik menjadi manusia yang dikawal dalam serba serbi. Allah berikan kita aqal untuk merenung segala kekuasaan dan ciptaanNya, bahkan Allah memberikan manusia fikiran mengikut logik aqal, bagi membezakan buruk dan baik, halal dan haram. Walaupun kehebatan Allah SWT tiada bandingan dalam menetapkan segala urusan makhlukNya. Mudah2an ada insan yang prihatin dengan luahan ini. Mudah-mudahan esok ada metod baru dalam penyampaian khutbah, semoga rohnya dapat dihidupkan semula, biarkan semua jemaah menhjadi muslim yang bertaqwa setiap masa dan berluma-lumba menantikan hari jumaat penghulu segala hari. Hari ini jiwa ku akan dapat makanannya, moga-moga khutbah jumaat minggu ini menambah iman dan amalku dan mendekatkan diriku pada Allah yang berkuasa. Ingat, jasad tanpa roh ini ibarat bangkai atau MOKCONG panggilan anak perempuanku pada hantu gandingan Momok dan Pocong. Apalah ertinya ilmu jika roh ilmunya mati...apalah ertinya khatib jika jemaah memekakan telinga dari mendengar pengisian usang dan kosong barangkali. Apalah ertinya solat jemaah jumaat jika setiap manusia di dalamnya hanya datang kosong dan balik kosong....
Ampunkan aku ya Allah... Hanya Engkau yang Maha Mengetahui dan tiada daya upaya aku melainkan dengan kekuasaanMU. Ampunkanlah dosa aqal dan lidahku serta perbuatanku.

10:46

Mati Tanpa Tarikh...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... sesungguhnya setiap saat Engkau memberikan aku pengajaran ya Allah, tidak luak sedikit pun kasih sayang Mu pada hambaMu yang daif ini. Hari ini sekali lagi aku tertikam dengan persoalan-persoalan mendalam dengan anak-anak aku. Anak sulung ku yang semakin membesar yang semakin banyak pulak kekeliruanannya tentang alam, kalam dan khaliqnya. Semakin payah aku menjawab persoalan anak kecil yang bersih jiwa tanpa munafiq tentang hidup. bila sang anak bercerita tentang kematianku dalam mimpinya dengan penuh keseronokan dan gelak ketawa, maklum si anak mana mungkin faham apa maksud mati... yang dia tahu adalah datuk lelakinya telah lama mati, dikuburkan dan ditandai dengan sesuatu. Apa yang berlaku selepas kematian mungkin si anak tidak memahami natijahnya. Apa sebelum dan selepas kematian bagi si anak adalah mudah iaitu satu peristiwa barangkali. tetapi bagi kita yang dewasa, itu satu proses peralihan, meninggalkan roh daripada jasad yang dipinjam dari pemiliknya. Satu perjalanaan yang perlu difikirkan tentang tujuan dan bekal yang perlu di bawa. Mengingati akan mati adalah wajib dan mati satu proses mutlak dan hakiki yang akan dialami oleh semua makhluk, dan tiada satu pun makhluk yang terlepas daripadaNya. Tak perlu buka kitab atau Quran untuk memahami maksud mati secara umum, yang perlu dicari ialah hakikat mati itu sendiri. kenapa perlu mati? mungkin jawapannya adalah ajal barangkali atau mudah cerita ketetapan Allah semuanya. Benar, tetapi apa sebalik kebenaran sebuah kematian, hakikat sebuah kematian dan persediaan meneroka alam lain selepas kematian. Semua ini bermain pada minda anak ku yang hanya 7 tahun dari segi angkanya. Pertanyaan si anak yang membuatkan aku terdiam dan terfikir sehingga aku menulis ini adalah " bila babah akan mati?. Soalan yang menyentap jantungku, bukan persoalan takut mati, tetapi apa sebenarnya tujuan si anak bertanya soalan tersebut. Bila si bapa yang perlu mengajar anak diingatkan oleh si anak pasal sebuah kematian. Mungkin selepas aku menulis ini, esok, lusa atau bila-bila yang hakikatnya yang Allah tidak pernah memberikan satu tarikh khusus kematian, satu daripada 3 rahsia yang Allah tutupkan sewaktu hidup kita, jodoh, rezeki dan tarikh mati. 
Ya Allah, diajarkan doa oleh Rasullah SAW " Ya Allah, jauhkan lah kami dari seksa kuburMu dan Azab api nerakaMu", jauhkan lah kami dari fitnah dan kejahatan Dajjal". Doa ini adalah kerisauan Rasulallah terhadap bekal umatnya menghadapi kematian menghadapi Allah  SWT di hari pengadilan. Cukup kah atau lengkap kah, islam kah atau kafir kah, sesat kah atau lurus kah syariat kah dan pelbagai persoalan yang perlu kita jawab sebelum kita mati. Wajib mengingati mati supaya kita menyegerakan taubat pada Tuhanmu. janganlah kita menjadi manusia yang bijaksini sahaja, kita perlu menjadi bijaksana... kerana dikhuatiri bijaksini hanya keuntungan duniawi sahaja yang kita perolehi, sedangkan menjadi makhluk yang bijaksana adalah orang-orang yang sentiasa mencari Tuhannya dalam jubahnya. Ini jelas, orang yang kenal diri akan kenal Tuhannya, justeru, jangan pandang belakang lagi... sama-sama kita berusaha mengingati mati. jangan ditanya pada orang lain akan bekal apa yang di bawa, cari saja dalam diri, Insyallah, Allah akan berikan setiap seorang bekal yang cukup jika kau sanggup menerima hakikat kematian. Bagaimanalah nasib kita, jika di dunia sahaja, bukan main cantik, segak dan bergaya kita berjumpa dengan pembesar atau pemimpin, dengan alasan " apperance". bagaimana besok kita menghadap Allah SWT, sudahlah kain kapan harga RM3.00 semeter jak dipakai, malah paling buruk datang telanjang penuh dengan lumpuran dosa, malah tidak ada satu Mall yang akan dibuka menjual segala payung bagi memayungi panasnya suria sejengkal dari ubun-ubun atau baju kalis panas percikan api neraka dan sebagainyalah. Cuma hanya kau sahaja yang mampu menentukan... jika kau mahu mati mu dalam imanmu, maka jagalah, kalau kau mahu mati dalam kufurmu maka abaikanlah... Ya Allah, di saat ini aku memohon keampunan atas dosa-dosa ku, keluarga, guru-guruku dan saudaraku semuslimku. Tiada upaya aku ya Robb melainkan dengan kekuasaanMu. Mudah-mudahan Engkau jadikan kami dalam golongan hambaMu yang Engkau Redhai. Amin :(

12:24

Normal Tapi Gila

Dengan nama Allah pemunya sekalian alam...syawal muncul selepas sebulan muslim sejati mengerjakan dan melaksanakan pelbagai amal dan rasuah kepada Tuhan mereka. Tangisan taubat akhir ramadhan membuat ku semakin mendekatiNya. Sesungguhnya tahun ni, ramadhan yang cukup bermakna sekali. Aku melengkapkan berbuka sebulan bersama keluargaku, seronok melihat anak sulung ku berpuasa penuh sebulan ( tetap juga dengan rasuah seringgit sehari berpuasa). Raya ketiga, sedang orang lain menikmati segala juadah dan menu yang mengiurkan nafsu, aku memulakan puasa 6 bagi melengkapkan puasa ramadhan. Dan paling menyeronokan bila Allah memberi aku pembelajaran dan pengajaran secara tidak langsung. Inilah rezeki yang selalu aku harapkan daripadaNya. Dalam keletihan menahan hawa nafsu... (maklumlah sekelilingku org lain seronok mekan, minum dan merokok) iyalah kan Aidil Fitri ( balik kepada fitrah) aku didatangi seorang gila dengan hapak dan hamis semacam, " bang, minta sigup sebatang" sambil menunjukan tanda org menghisap rokok. 'puasa aku tau geng' ujarku. Sambil merungut, dia mula memulakan dakwahnya padaku... Masyallah, kenapa semua orang normal ni mengaku normal ahh... aku ni dikatakannya gila, sedangkan Allah yang menciptakanku pun berpransangka baik padaku malah dijanjikan syurga kepada orang-orang macam aku kan geng. Terkasima aku seketika dengan hujahnya tu.  Ku renung jauh ke dalam diri ku sambil membandingkan dengan kenyataan manusia di sebelah ku tadi. " walhal mereka lagi gila, suka melanggar larangan dan perintah Allah, bila suruh sembahyang, bukan dia oarang sembahyang pun, bila puasa, macam-macam lah alasan nda mau puasa kan..." Bingung aku bertambah, siapa makhluk yang Allah hantar sebelah ku ni, perkataannya penuh dengan isim-isim yang menusuk ke qalbu. 
Sebenarnya terlalu halus ilmu yang Allah berikan dengan kita, dalam proses menuju perjalanan rohani ini, pelbagai dugaan dan rintangan yang Allah bentangkan sebenarnya membuat kita sentiasa mengkoreksi diri kita. Dalam sibuk kita menuduh orang lain gila disebabkan bentuk dan rupanya, Allah sebenarnya memberikan sejuta kegilaan berlandaskan nafsu dalam diri manusia normal yang lalai dan kufara. Orang gila itu memang sudah tentu gilanya, tetapi punca gilanya kita tidak mahu mengetahui pun. Asal bentuk semacam orang gila, kita pantas menghukum yang orang itu gila secara fizikal dan emosional.  Sedangkan gila spiritual lagi maha dahsyat gilanya. Bagaimana seorang manusia yang beraqal mampu melanggar batas-batas perintah dan laranganNya, sedangkan kekuatan aqal ini adalah panduan kepada kehidupan yang terarah dan terfokus iaitu Menyembah dan Menyerah diri kepadaNya. Persoalan kini, siapakah yang gila sebenarnya, orang yang kita hukum gila kerana bentuknya atau pun manusia yang dikurniakan aqal yang normal oleh Allah tetapi gila spiritualnya. Bingung aku.... tiada daya dan upaya aku melainkan dengan kekuasaanMu ya Robb.

08:58

salam lebaran buat semua... terlalu banyak beban yang perlu ku limpahkan dalam blog ni. masih sibuk dgn urusan duniawi. ada yang perlu diberesin. Moga2 dalam masa terdekat, Allah memberi kurnia pinjaman jiwa untuk kalam ku terus berbicara... insyallah

12:28

Renungan buat sang pencinta...

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…
Dan janganlah kamu meninggalkannya semata-mata sedikit kesalahannya sedangkan sudah beribu-ribu kasih dicurahkannya tanpa mengenal erti beza benci dan sayangmu. Sesungguhnya cinta itu tidak menambah dan tidak berkurang disebabkan oleh baik dan buruknya pasanganmu. Ma Sya Allah.

Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi… ingatlah sesungguhnya takar itu pernah berbakti kepadamu, menampung air minuman dan mandianmu agar engkau tidak haus dan berbau wangi malah sebagai kolah air wudhukmu.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya… dan janganlah engkau menjadi manusia yang mendahului Tuhanmu dalam memutuskan silaturahimmu… sesungguhnya syaitan amat senang dengan pendosa-pendosa yang suka melakukan kesalahan yang sama pada peristiwa yang sama.


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal…kerana meninggalkan nasi yang baik semata-mata mengharap agar makanan yang lain lebih baik sedangkan itu hanya tipu daya nafsumu.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya. Kamu juga yang akan menyesal… sesungguhnya menyayangi untuk kesempurnaan dan saling memperlengkapi adalah cinta yang Allah redha daripada menyayangi untuk kepentingan dan menjamin keselesaan diri. 

kesimpulannya:

Katakanlah (Muhammad), “Milik siapakah apa yang di langit dan di bumi?” Katakanlah,”Milik Allah.” Dia telah menetapkan (sifat) kasih sayang pada diriNya*, Dia sungguh akan mengumpulkan kamu pada hari Kiamat yang tidak diragu-ragukan lagi. Orang-orang yang merugikan dirinya, mereka itu tidak beriman.
Dan milikNyalah segala apa yang ada pada malam dan siang hari. Dan Dialah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui.


Katakanlah (Muhammad), “Apakah aku akan menjadikan pelindung selain Allah yang menjadikan langit dan bumi, padahal Dia tidak memberi makan dan tidak memberi makan?” Katakanlah, Sesungguhnya aku diperintahkan agar aku menjadi orang yang pertama berserah diri(kepada Allah), dan jangan sekali-kali kamu masuk golongan orang-orang musyrik.”



11:57

itu adalah rezekiku... Rencana Allah dalam kehidupan

Itu Adalah Rezekiku... Rencana Allah dalam kehidupan

Biar setiap hari sejuta orang berdoa agar rezekiku tambah berganda tetap sudah tentu kadarnya. Biarpun sejuta orang merebut rezekiku tetap tidak beranjak biar satu inci pun dengan kadar yang telah ditentukan. Setiap orang sudah dijamin rezekinya masing-masing. Burung makhluk tanpa akal yakin rezekinya ada , dijamin Tuhan keluar  pagi cari rezeki.Tuhan jamin rezeki burung bukan makanan dicampakkan dalam mulutnya usahalah keluar dari rumah mulai pagi. Jaminan Tuhan pemberi rezeki jelasnya tidak boleh didesak dengan doa, dipujuk dengan rajuk dan di rayu dengan tanggis.Cuma perlu yakin, usaha dan berserah akhirnya pasrah terima kasih dengan apa yang diberi. Jodoh juga rezeki. Usaha insan harus mendekat dan meminta padaNya. Ditemukan pasangan yang salah cuma untuk memberikan petunjuk ada yang terbaik menunggumu. Diberikanmu kerja yang bergaji rendah kerna esok bila sudah ditambahkan darjatmu engkau tahu menghargai bawahanmu. Rezeki yang sedikit bukan bermakna zalim tapi jika engkau dapat lebih daripada keperluanmu engkau akan pasti berbuat menzalimi dirimu sendiri. Seperti ramai orang insan mengutuk pemimpin negara,ketahuilah jika anda dipilih duduk di posisinya sanalah  anda akan lebih zalim lagi. Bila belum dapat engkau memang engkau berjanji tapi bila dalam tanganmu janji tinggal janji. Rezeki bukan banyak atau sedikit tapi berapa keperluanmu. Yang sedikit diberkati lebih bernilai banyak rezeki dimurkaiNya. Selalu ditemui orang bawahan bergaji kecil beranak ramai lebih bahagia berbanding pegawai atasan beranak dua merasa tidak pernah cukup gajinya. Bila yakin si  bawahan Tuhan beri rezeki semua gaji diberkati dicukupi, si atasan bergaji tinggi sentiasa tak puas hati akhirnya ambil rasuah gaji tak diberkati. Yakin rezeki Tuhan beri cukup buat perlumu,usah ragu semua sudah direncanakan terbaik untukmu. Sekarang tugasmu kerah tawan akal terima rezeki Tuhan. Akal selalu dengki dengan orang lain punya rezeki. Akal selalu nafi kenapa bukan rezekiku kenapa dapat si anu. Inilah akal mudaratkan dan manfaatkan. Akal harus tunduk apa yang Tuhan tentukan. Nyata rezekiku tetap bukan rezekimu. Semua sudah ditentukan. Tidak perlu keluh kesah kecewa penyesalan. Tetap rezekimu tetap jua rezekiku...                    -adajiwadon-

11:46

Hanya Engkau Ya Rabb... pemilik segala Dzat

Hanya Engkau Ya Rabb... pemilik segala Dzat
Adakah Zat selain Nya yang boleh Wujud beserta Nya?
Adakah Sifat selain Sifat Nya yang boleh Zahir beserta Sifat Nya?
Adakah Af’al selain Af’al Nya yang boleh di Saksikan berserta Af’al Nya?
Laa….Sama sekali tidak!
Laa ilaaha illa Huwa ArRahman ArRahim….dan hanya Muhammad menyaksikan Nya…
dimana kesaksian itu sendiri bergantung Hayat pada Zat Nya jua.
Tatkala itu, Sang Saksi terngadah dari lamunannya,
 bilamana dia menyedari bahawasanya Dia menyaksikan Diri Nya Sendiri. 
Maa Syaa Allah. Tiadalah yang Hidup melainkan Dia jua.
“Wa Qul Jaa Al-Haq, Wa Zahaqol Baatil”.
(apabila datang Yang Benar, yang batil akan hapus)
Apabila sudah mengenal bahasa Ruh Rabbani yang mendiami didalam Diri, 
maka mulalah kita mengalami Isbatul Yaqin.
Matlamat zikrullah adalah menuju kepada ingatan Ruh kepada Ar-Rabb.
Inilah Zikir Haqiqat. Tiada bentuk, warna mahupun bunyi. 
Penyaksian Diri berlaku disini. Disinilah hati manusia melihat dirinya sebagai faqir sejati….
apabila dia menyaksikan keagungan Zat Yang Esa.
 
“sesungguhnya Aku ini Allah, tidak ada Tuhan kecuali Aku, maka sembahlah Aku.( QS. Ta Ha, 20:14).
ayat diatas menyebutkan pribadi Allah. bukan sifat, ilmu, atau perbuatannya. 
Itu Dzat yang kita tuju..ya benar tuhan adalah Dzat Mutlak.

00:11

Manis kah Gula? - sembang teh tarik mamak

Bismillahirahmanirahim...yang tiada tempat bagiNya... malam tadi selepas berpura-pura sibuk melaksanakan tarawikh di kawasan perumahan berdekatan... SMS dr sahabat bergila-gila aku sampai ( hebat... hanya salam dalam hati saja, Allah SWT dah sampaikan langsung) mengajak minum. Merehatkan minda dan berkongsi ilmu katanya. Aku menerima ajakan sahabat berkenaan tanpa dolak dalik... Aku rasa ini sahabat yang baik barangkali semasa aku di dunia, Bagi aku mudah sahaja, menjadikan seseorang sahabat itu tidak sampai pun seminit, apatah lagi dengan karakter peramah giler aku ni... teringat aku semasa penerbangan ke Singapura, wanita korea yang hanya tahu berbahasa ibundanya sahaja bisa menjadi ibu angkat ku dalam tempoh 3 jam perjalanan malah pelukannya dan air matanya semasa tiba di lapangan terbang menunjukkan betapa akrab hubungan yang tidak ada sebarang asas cuma kerana Allah SWT. Cuma yang agak susah kepada umat manusia ni MENGEKALKAN sesebuah hubungan dan yang paling bodoh  perlakuan ialah MEMUTUSKAN hubungan. Sudahlah susahnya MENCIPTAKAN hubungan malah cenderung pula MELERAIKAN ikatan kasih sayang anugerah Allah SWT kepada kita. Sikap pendosa-pendosa yang selalu merasakan diri mereka bersih dan suci dan orang lain semuanya kotor belaka.
Sampai di kopitiam yang dijanjikan, sahabat yang sudah agak lama menunggu memberi isyarat duduk kepada ku... JANGAN KAO MARAH BAH KAWAN... kataku berseloroh. Selang 3 minit kehadiranku, seorang sahabat lagi menyusul duduk di sebelahku. Masyallah, seronok ni kalau dah ada 3 penyamun tarbus bersembang. memang nda ingat dunia ni taw. Sahabat pertama mula membuka bicara... Manis kah Gula? semua orang tahu bahawa gula itu manis... mana ada gula yang tawar... untuk pesakit kencing manis pun ada gulanya sendiri yang ala-ala manis-manis buah. Manis juga kan kata hatiku...perjalanan manusia menuju kepada penciptanya memerlukan tahap pemahaman hakikat yang tinggi... kadang-kadang akal memang sudah tidak diperlukan untuk memberikan sebarang penjelasan... Ini yang kadang-kadang orang-orang fuqaha anggap golongan ini syirik dan kufara. Maklumlah, kata sahabatku... "kan pembicaraan agama islam ni adalah milik eksklusif golongan berijazah dalam bidang agama lulusan tertinggi. orang macam kita ni nda layak berbicara soal agama barangkali... semuanya syirik dan bidaah, luah sahabat berkenaan. so, apalah kena mengena gula dalam sembang kita ni... sahabat berkenaan gelak... tengok, QM dah pening dah... macam mana kao taw gula tu manis... kao kena rasakan sendiri. orang lain tak tau pun betapa manisnya gula tu. Ada orang tambah dua sudu gula bagi menikmati teh atau kopi mereka, ada yang letak satu sudu sahaja, ada yang kadang-kadang 3-4 sudu dalam minuman mereka. Beginilah juga kita nak mengenal hakikat Tuhan, hanya orang yang menikmati hubungan antara diri dan penciptanya sahaja yang mampu merasa manisnya sesuatu hubungan. Jika ditanya padamu ' adakah engkao sudah merasa niqmat yang Allah berikan kepadamu, dan jika kao yakin dan percaya dengan anugerah Allah berkenaan. Katakan saja iya sebab hanya engkao sahaja yang merasainya dan setiap orang pasti akan mengalami sendiri perbezaan niqmat yang Allah berikan. So' tak payah kita nak sibuk tanya pada orang lain, amal engkao macam mana, dah banyak kah pahala engkao dapat... kalau kita lahir seorang, besok mati pun seorang... jaga lah diri mu sahaja itu lebih baik daripada sibuk hal orang lain. Jika semua umat manusia di dunia ni tahu betapa manisnya kurniaan Allah dalam kehidupan, nescaya setiap orang  di dunia ini akan menolak tipu daya dunia kepada mereka.... masyallah, ni lah sahabat-sahabat aku... kadang-kadang gula pun boleh dijadikan analogi mengagungkan kebesaran pencipta mereka. Subahanallah ... maha suci Allah dan tiada daya ku melainkan dengan rahmatmu ya Rabb....

10:43

Rasuah Ramadhan

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang... mohon keampunan Mu ya Rabb sebelum kalam ni terus bertingkah meluahkan aql binasa yang tak selaku dengan pemikiran orang biasa. Marhaban ya Ramadhan...nyanyian opick mengalun di corong radio dalam kereta.  Hari ini sekali lagi aku memberi alasan untuk tidak menjadi imam. Rosak pula pahala orang yang menjadi makmum. Subahanallah. Ramadhan tahun ini agak unik sedikit bagi aku, seolah-olah ini puasa pertama ku berpuasa sebagai muslim, sedangkan hampir setengah dekad umurku dalam Islam. Pelik kan... Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui dan terima kasih sahabat yang mahu berkongsi rahsia ramadhan. Hari ini genap 13 hari umat islam berpuasa melaksanakan tanggungjawab sebagai muslim. Baris saf-saf di masjid juga semakin susut bilangan makmumnya. ke mana menghilangnya makmum yang mabrur dan selalu mengimarahkan masjid di bulan ramadhan. Biasanya saf menjangkau 4-5 baris, hari ini hanya tinggal dua saf sahaja. Balik kampung fikirku berpransangka baik terhadap makmum yang biasa bertegur sapa dengan ku. Mudah-mudahan hari bekerja nanti, akan penuhlah semula saf-saf ni seperti sediakala. 
Petang tadi sewaktu ke bazar ramadhan, terpampang banner majlis berbuka puasa di rumah anak-anak yatim, Wah, siap pasang banner lagi pengumuman majlis berbuka puasanya. Semalam, sepupu dari Brunei mengajak berbuka di hotel. Hebat, harganya sahaja RM80 sekepala, mesti hebat juadah hidangan kapitalis fikirku.  Pandai juga kapitalis-kapitalis ni membuka ruang mengajak orang islam membuat pahala kan. Maklumlah orang islam ni  kalau bulan puasa, kuasa memberi mereka ni tinggi. Setahun sekali lah katakan. Jalan ke bandar juga semakin sesak di hujung minggu ini. Kebiasaannya hanya mengambil 10 minit, petang tadi hampir setengah jam di dalam kereta. Nasib baik hingar bingar anak-anak dalam kereta yang sibuk merancang juadah berbuka mereka menjadi lagu di telinga. 
Aku ingat bila ramadhan menjelma, semua orang akan insaf tapi sana sini aku masih melihat suasana orang-orang kita sibuk melakukan rasuah. Kononnya membuat pahala melalui pelbagai aktiviti keagamaan dan semua orang berlumba-lumba mengharapkan pahala ramadhan, maklumlah setahun sekali, dan lagi pahalanya berlipat kali ganda banyaknya dari bulan-bulan biasa. Untung anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal dan orang miskin di bulan ramadhan ni kata orang rumah. mereka tidak kelaparan, semua orang bersedekah kepada mereka. Ia kataku, sebulan sahaja untungnya, 11 bulan lagi mereka sentiasa berlapar dan mengharapkan simpati tapi jarang terpeduli. Biasalah, memang sikap bangsa kita, melakukan sesuatu dengan mengharapkan sesuatu, sepertimana lakunya orang merasuah mengharapkan projek keduniaan mereka. Dan dalam tidak sedar tindakan kita ni merasuah Allah. mana tidaknya, bila bulan ramadhan menjelma sibuk kita dengan aktiviti keagamaannya... bersunat tarawikh lah, tahajudlah, bertadaruslah, bersedekah lah dan macam-macam lagilah semuanya mengharapkan pahala berganda-ganda daripada Allah SWT, maklumlah 11 bulan lagi penuh dengan kemelut dosa dan jarang melakukan apa yang sepatutnya dilakukan, dan bulan ramadhan dianggap penyucian dosa barangkali. Astagafirullahalazim... Memang apa yang dilakukan itu bagus cuma nawaitu sahaja yang perlu jelas barangkali kan dan mohon jangan disalahertikan pencerahan ini... gunakan aql sekejap sebelum menghukum. Minta maaf lah, kita jangan ingat Allah itu bodoh. Sesungguhnya urusan dosa dan pahala ini, urusan Allah, bukan urusan makhluk. Janganlah kamu mengharapkan syurga dari amalmu. apakah bulan-bulan lain selain ramadhan, kita tidak digalakkan melakukan semua perkara yang disebutkan. Sebab pahala bulan ni ciput, rugi aku bersedekah... kasihan dengan golongan fakir miskin yang masih mengharapkan bantuan kita. Bulan ni pahala sedikit, so kurangkan tahajud dan tadarus ku. Walhal semua perkara yang mengagungkan keEsaan Allah ada ruang untuk kasih sayang dan sedekah Allah kepada kita.
Puasa mengikut syariat adalah menahan diri dan sebesar-besar cabaran pada bulan ramadhan ini adalah diri yang menahan. Menahan daripada apa sebenarnya... ini yang harus kita renungkan bersama... adakah selepas ramadhan ini, aku kembali seperti sediakala masih meneruskan tabiat dan tingkahlaku lama. Tidak selesai jua masalah kita sebagai hambanya yang terlalu banyak meminta dan berhutang kepada Allah SWT. Tidak selesai dengan masalah hutang kita kepadanya kita menciptakan hutang lagi kepadaNya... melakukan rasuah, rasuah kepada Allah SWT. Mari kita renungkan sesaat. Adakah kita merasa amal kita dibulan ramadhan ini diterima Allah SWT... jika diterima bagaimana manis dan lazat pemberianNya...adakah sepertimana nafsu menikmati manisnya ABC sewaktu berbuka puasa. jika tidak, apa lagi yang perlu aku lakukan... cuba tanyakan qalb dan aql... adakah jawapannya bersatu iaitu mengEsakan dan menTauhidkan Allah SWT. Dan jika kita hanya tahu merasuah sahaja semata-mata mengharapkan pahala, maksudnya amalan puasa itu hanya menjadi kosong. Apatah lagi, jika selepas puasa.. kita masih memiliki karakter yang sama seperti sebelum berpuasa. Sama saja bohongnya. Sepatutnya, puasa ini sebagai landasan untuk kita menginternalisasikan diri kita sebagai hambaNya sekaligus mengimplemantasikan dalam kehidupan seharian. barulah mantap keperibadian dan peradaban muslim.  dan yang paling penting hidupkan jiwa-jiwa yang mati mengarah kepada jiwa-jiwa yang tenang. Ya Allah... Tiada daya dan upaya ku ya Rabb... semuanya adalah milikMu.

14:06

Berserah kepada Allah atau Berserah kepada Takdir


“Barangsiapa yang mengerjakan dosa, maka sesungguhnya ia mengerjakannya untuk (kemudaratan) dirinya sendiri” (QS. 4:111).

Yang membezakan manusia dari makhluk lain adalah ‘Aql (baik ‘aql jasadi/fikiran mahupun ‘aql jiwa/fu’ad). Alat ini harus dipergunakan, demi tercapainya tujuan dari intipati penciptaan Insan. Jika seseorang ‘menyalahkan’ takdir semata, maka ia bisa jadi tidak mensyukuri dan menggunakan saran yang diberikan-Nya ini dengan semaksima mungkin. Tidak hairan jika Allah memurkai mereka yang tidak menggunakan ‘aql nya. “Dan Allah menimpakan rijsa (keburukan) kepada orang yang tidak mempergunakan aql-nya.” (QS. 10:100).‘Islam’ yang bermakna berserah diri, bukan berserah diri kepada takdir. Tapi berserah diri pada kehendak Allah atas diri kita.  Sulit sebenarnya mahu difahami, apatah lagi mencari secara mendalam apa sebenarnya kehendak Allah ke atas diri kita. Apa sebenarnya yang Allah kehendaki kepada kita untuk dilaksanakan setiap masa. Apa sebenarnya keputusan yang Allah berikan kepada kita. saban masa kita sering berpolemik dengan diri kita. Inilah takdir aku... berserah kepada takdir... aku serahkan segalanya kepada takdir dan macam-macam lagi luahan kita kepada takdir.

Inilah sebenarnya ujian Allah kepada kita. Menguji keyakinan dan kepercayaan kita kepada  kekuasaan pemilik sekalian alam. Biasanya kita sering menyalahkan takdir lebih-lebih lagi jika takdir itu tidak menyenangkan dan berpihak kepada kita. Berserah kepada takdir memberi makna bahawa kita mempercayai kepada makhluk selain Allah SWT,dan ini perlakuan syirik yang memerlukan kita bersyhadah setiap masa. Aql yang terbatas dijadikan sebagai asas dan sandaran kepada setiap keputusan yang kita lakukan. Malah seolah-olah takdir yang ditentukan adalah ketentuan Allah SWT kepada kita sedangkan sepanjang masa kita mencampuri urusan Allah SWT dalam apa pun keputusan bagi menentukan takdir  kita. Pembuktian yang cukup jelas dalam kehidupan kita seharian adalah penyerahan kita kepada Allah terhadap Qada dan Qadar kita. Ya Allah, aku serahkan segalanya kepadaMu malah dalam doa Iftitah yang kita baca setiap kali solat juga sedemikian,  namun sekerdil-kerdil makhluk, kita terus mencampuri urusan Allah setiap masa. Layak kah kita sebenarnya mencampuri urusan Allah sedangkan mencampuri urusan orang lain saja setiap masa pelbagai tohmahan dan cacian yang kita dapat malah menjadi mangsa hinaan dan penyisihan barangkali. Kita menjadi manusia yang sentiasa kurang bersabar menantikan sebarang keputusan daripada Allah... semuanya mahu cepat dan segera. Seolah-olah kita menjadi manusia yang mengatur dan menentukan keputusan Allah kepada kita. Masyallah. 
Ini sebenarnya yang menjadikan kita bertambah derhaka dan syirik kepada Allah SWT setiap masa. Menyerahkan segala urusan kepada Allah (lagi-lagi dalam keadaan kita kesusahan dan hilang pergantungan) tetapi bila doa dan permohonan yang dipanjatkan lambat hasilnya mulalah kita mencampuri urusan Allah SWT. Buat keputusan itu, mula menminta pertolongan daripada makhluk, meminta ehsan selain daripada Allah SWT. Bila dapat hasil yang buruk, mulalah kita menyalahkan Allah SWT sebab memberikan sesuatu yang bukan yang diharapkan. sedangkan Allah itu Maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya meskipun kita pun tidak mengetahui sedikit pun tentang kekuasaan Allah. Malam ni solat istiqharah, malam ini juga aku mau resultnya. Mulalah syaitan dan iblis main peranan... diberikan pelbagai tanda-tanda terhadap permohonan kita... walhal tertipulah engkao wahai anak adam... sesungguhnya jarum hasutan ku itu untuk kau menderhakai Allah SWT. 
Fahami konsep ini jika kita mahu membezakan antara berserah kepada Allah dan berserah kepada takdir. Sebaik-baik hambanya adalah yang fana cintanya kepada Allah SWT, tidak mengharapkan sebarang balasan dan imbuhan daripada setiap amalnya. malah segala-galanya adalah untuk Allah semata-mata. Jika kita merasakan bahawa kehipuan di dunia ini adalah atas ketentuan Allah, biarkan sahaja Allah yang menentukan urusan kita. Kita wajid berusaha tetapi usaha yang tidak menentang hukum dan kekuasaan Allah. Kita wajib bertawaqal tetapi tawaqal yang berlandaskan kepada penyerahan kepada Allah semata-mata bukan dengan mencampuri urusanNya atau berurusan dengan makhluk lain. Jika engkau sudah berserah kepada Allah, maka setiap keputusan yang Allah turunkan adalah yang terbaik untuk hambanya, bukannya menyatakan bahawa aku berserah kepada Allah tetapi menciptakan takdir sendiri. Inilah sebenarnya kemudaratan yang dilakukan dan bertanggungjawablah kamu atas dosa-dosa yang kamu lakukan dan jangan sekali-kali kamu menyalahkan Allah SWT atas setiap takdir yang engkau tentukan. Sesungguhnya Allah Maha pemberi...dan tidak kurang walau sezarah pun kasih sayangNya pada hamba-hambaNya yang mempunyai jiwa-jiwa yang tenang dan sentiasa berserah kepadaNya. ya Allah, ampunkan aku, tiada daya dan upaya ku selaindari rahmatMu Ya rabb...
 

13:10

1/10: Pesona Negatif - catatan 1



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih… wah! negatif pun ada pesonanya sendiri. Hebat, selalunya, negatif ini memberikan pelbagai implikasi yang kurang menyenangkan. Bagaimana negatif ada pesona. Jangan terburu-buru menghukum, pesona syaitan laknatullah sebenarnya. Seindah dan selengkap kejadian yang Allah kurniakan kepada kita, jarang kita syukuri niqmatNya. Malah saban saat (saat tu, bkn lagi minit) kita sentiasa mengeluh dan terus mengeluh dan terus dijauhkan daripada mensyukuri niqmat Allah. Ini semua pesona syaitan dalam kehidupan kita, diajaknya kita membayangkan kehidupan yang indah-indah terhadap pesona dunia yang melalaikan. Diajaknya kita membandingkan apa yang kita miliki dengan orang lain. Kenapa hidup aku tidak sempurna hidup macam sipolan itu atau sipolan ini. Bermula episode kita mensyirikkan diri kepada ciptaan Allah… bukankah apa yang Allah turunkan dan berikan semuanya baik dan indah… kadang-kadang buruk pada kita tetapi cantik dan indah pada penciptanya. Kita mengkufuri niqmatnya. Inilah kehidupan kita sehari-hari, penuh dengan kekufuran kepada pemilik sekalian alam.
Jasad yang kita pinjam untuk beribadah kepadaNya setiap hari juga pandai meminjam pesona syaitan ini. Jarang kita berfikir secara positif dalam konteks beribadah. Semuanya payah. Solat 5 minit sahaja memang payah. Payah dalam erti kata, kita sudah setkan dalam minda dan pergerakan kita bahawa solat itu payah. Maka jadi payahlah. Pergi sahaja ke hospital, wajib kita akan mendengar orang meraung merintih dan mengeluh kesakitan yang disedekahi Allah kepada kita. Bukankah sakit itu menyucikan dosa-dosa kita yang lalu. Sakit itu sedekah sebenarnya, sepatutnya kita bersyukur sebab dalam lalai dan syirik kita, masih Allah ingat kepada kita malah diberikan niqmat sedekah melalui sakit. Bukan sahaja kita mahu bersyukur malah menyumpah sedekah yang Allah SWT berikan kepada kita. Hamba jenis apa kita ni sebenarnya.
Bila kita ada masalah pun, kita sering mengadukan kepada makhluk yang lain selain Allah SWT. Kalau dapat penasihat yang baik, okey lah jugak. Kalau dapat penasihat yang setaraf dengan syaitan dan iblis laknattullah… makin sesatlah kita… sebab tu kita kena hati-hati dengan orang yang memberi nasihat. Meminta nasihat kepada ahlinya atau kepakarannya. Bukan main semborono sahaja. Sebagai contoh… kalau penagih dadah nasihatkan kita jangan sekali-sekali terlibat dengan dadah, maka itu nasihat yang betul… tetapi biasanya kita akan mencemuh dahulu nasihat yang diberikan “ dia sendiri menagih dadah, ada hati konon nak nasihatkan orang jangan menagih dadah”- astagafirullahalhazim… seolah-olah ditutupkan hati kita menerima nasihat dari sumber yang jelas pelaku. Allah sahaja yang maha mendengar dan maha mengetahui, serahkan dan meminta sahaja kepada Allah, asal yakin, percaya dan ikhlas terhadap hakikat kepercayaan kita kepada kekuasaan Allah SWT. Kata orang Indonesia… cukup toh… pokoknya TITIK. Maksudnya, tiada yang lain selain Allah SWT. Jelas dong.
Berbalik kepada soal kebersyukuran kita, biasanya perkara negatif akan lebih dominasi daripada perkara positif. Paling jelas, bila kita sakit. Katakan sakit gigi tahap kritikal, sehingga tak boleh ada gangguan sekeliling. Apa lagi kalau sakit gigi sudah sampai ke kepala. Masyallah… “ jangan kau bising sana, bodoh kau…”  kompom makian yang kita dapat. Mau solat dalam keadaan sedemikian… Ampun Ya Allah, sakit gigiku, tak boleh solat. Padahal yang sakit cuma satu bahagian daripada sepuluh anggota yang lain. Analoginya, kenapa satu yang sakit maka Sembilan anggota yang lain ikut sakit. Yang sakit gigi, maka tangan pun ikut-ikutan sakit. Malah semua ikut-ikutan sakit. Menemani sakitnya satu bahagian tadi iaitu si gigi.  Jika difikirkan logic, kekuatan kita untuk menunaikan ibadat masih lagi utuh sebab ada Sembilan anggota lain yang masih menyerahkan diri kepada Allah SWT… sebenarnya bahagian yang sakit juga bermohon kepada kita ‘bawalah aku sekali dalam ibadahmu, jangan tinggalkan aku, nanti ditanya dipadang Masyhar, tidak tahu apa mahu dijawab’… ini lah sebenarnya pesona negatif yang dimain-main kan oleh syaitan dalam agenda ibadah kita dan hubungan kita kepada pencipta. Jarang sekali kita mahu berfikiran positif dalam hal-hal sedemikian. Jarang kita beristirja kepada Yang maha Agung…” sesungguhnya segala-galanya daripadaNya dan  ku serahkan segala-galanya kembali kepadaNya. Kita sebenarnya lagi senang mengeluh, berfikiran negatif setiap masa. Seharusnya kita bersyukur kepada Allah SWT sepanjang masa. Jika ditakdirkan tangan kanan hilang, maka ada lagi tangan kiri. Jika ditakdirkan dua-dua hilang… teruskan bersyukur sebab dua anggota yang kurang itu membantu kita mengurangkan dosa.  Sesungguhnya Allah SWT amat mengetahui apa yang ada dihadapan dan dibelakang kita dan tidak ada satu pun yang mampu melampauiNya. Cakap senanglah QM, cuba kena dengan kao… tengoklah nanti, kao bersyukur kah tidak… Ya Allah, tiada daya dan upaya ku ya Rabb… sesungguhnya semuanya atas RahmahMu.