16:18

Kerdilkah aku... Catatan 1

Cuaca panas mencecah 38 darjah waktu subuh di Makkah seumpama tengahari waktu Malaysia, sengatan kepanasan yang mengasyikan kerana dalam dalam keluhan mengakui kebesaran Allah SWT dengan limpah rahmatNya... selesai menunaikan qiyamullail dan solat subuh... bersalam antara jemaah, terlontar sapaan dari seorang jemaah... ustaz orang Malaise ( loghat arab lah)... na'am ( wah, aku pun arab jugak)...Alhamdulillah... lihat lah kebesaran Allah SWT yang menciptakan... terasa diri ini kerdil sungguh dihadapan baitullah. Berapa ribu pahala Allah bagi dengan kita bersolat di depan Kaabah. Ligat pelbagai persoalan dalam kepala jahat ku timbul...sambil kepala aku anggukan tanda mengiyakan yang tidak ikhlas, berat kaki ku melangkah sambil bermonolog... perlukah aku iya... adui. Sahabat memandang aku,  seolah memahami ada misteri yang tidak terungkai... sambil senyum dia bertanya ' apa lagi wak?' Sahabat baik aku ni memang faham perangai aku... jenis tak puas hati kalau ada sesuatu yang tak kena dengan persoalan2 sedemikian. 'biarlah dia dengan dia...' kata sahabat ni... aku senyum sendiri. beristiqhfar panjang, menarik nafas panjang dan melepaskan keluhan berat tadi.
Bagaimana seorang insan muslim boleh melafazkan kata-kata sedemikian...
  1. merasa kerdil di depan kaabah. jadi selama ini mungkin dia tidak merasa kerdil di depan Allah, mungkin dia rasa hebat, gagah dan bangga. hehe, jauh dari Kaabah barangkali.
  2. mengharapkan ribuan malah jutaan pahala, sedangkan urusan pahala dan dosa ini semua urusan Allah SWT. just ikhlaskan jak lah kerana Allah SWT.
  3. meletakkan Allah SWT pada sesuatu tempat... sedangkan Allah itu tidak bertempat, di mana-mana sifatnya malah terlalu hampir dengan diri kita sebenarnya. sama ada kita memahami atau tidak sebenarnya
  4.  aku membayangkan kalau kaabah itu tiada ( mungkin di renovate kah...di perbaiki kah selama berbulan2) maka cutilah orang mengerjakan umrah dan haji... malah solat pun extend barangkali. kenapa, sebab hanya merasa kerdil dan mengharapkan jutaan pahala di depan ka'abah. malah senyap sunyi ekonomi orang2 Mekah masa itu. kesian tok arab
Barangkali aku jak yang berlebih-lebih mempersoalkan perkara ni... sedangkan hamba Allah tersebut menyuarakan isi hati nya sahaja... apa-apa pun... cepat2 aku beristighfar panjang memohon keampunan Allah SWT atas fikiran jahat ku tadi. moga2 aku dijauhkan Allah daripada berfikiran sedemikian. Ya Allah, Ampunkan lah aku... tiada daya aku ya Allah, semuanya atas rahmatMu ya Rabb.

0 comments: