Basmallah...Dengan izinmu ya Rabb, hambamu yang daif ini mohon izin kalam ini berbicara.
Hari ini ibadah qurban ku laksanakan sebagai satu proses posisi mencapai tahap kenabian tentang kecintaan kepada kh aliqnya. tentang tawaduk hambaNya, tentang rasa syukur tentang redha dan rahmatNya, tentang ikhlas dan segala-galanya adalah milikNya. Tiada satu pun di dunia ini yang bukan milikNya malah setiap sehalus zarah itu kepunyaanNya. Hebatnya Raja pemilik cinta. Cinta yang dilahirkan dari qalbu, dizahir melalui perbuatan dan ungkapan malah kutitipkan rasa itu pada semua makhlukNya yang selayaknya menerima rahmat dan kasihNya. Allahu Akbar.
Subuh ini aku titipkan sebuah bicara ringkas pada seorang hambaNya yang ku kenal dengan sifat pengasih dan penyayangnya. Masyallah, sifat yang membenihkan rasa cinta dalam diri ini. Sifatnya yang meletakan keikhlasan dan mencari redha illahi dalam kontek muamalat sesama makhluknya. Sifat ini yang aku pertahankan atas bicara kasih sayang dan mencintainya kerana Allah SWT. Satu pengakuan bai'ah dengan penciptanya, sesungguhnya insan ini jika kau ditakdirkan menjadi sebahagian daripada tulang rusukku akan ku dakap mu dalam dakapan illahi, akan ku jaga sepertimana amanah illahi, akan ku tatang sepertimana kasih sayang Rasulallah SAW kepada isteri baginda. Akan ku santuni kao dengan sehaluk akhlakku, Akan ku pimpin kao mencari jannah al firdausi. Masyallah, aku membayangkan bahawa insan ini kelak yang sanggup bersengkang mata mendirikan qiamullail bersama ku mencari redha dan rahmat Illahi, mengenal penciptanya dan akhirnya dengan cinta ini akan ku temukan cintaku kepada Allah SWT. Aku sanggup dicampak ke ruang yang tiada bidadari, malah tiada sungai yang mengalir susu dan madu asalkan Allah mengizinkan aku memimpin insan ini untuk menatap semua zat-zatNya.
Namun hanya sebatas ilusi dan sebatas aqal, sesungguhnya ketetapan Allah lebih hebat dari ketetapan makhluk. Mana bisa seorang manusia mengatakan bahawa yang sedih akan menjadi bahagia, yang pahit akan menjadi manis... sedangkan untuk 5 saat di depan kita juga tidak mampu mengetahui apa yang akan berlaku. Tetapi, bagi manusia2 yang hebat dan sentiasa mendahulu ketetapan Allah SWT mungkin boleh mengetahui apa yang berlaku sesuai dengan perancangan mereka. Halusnya permainan Allah SWT dalam menguji hambaNya. Bagaimana kita faham konsep qadha dan qadhar, bagaimana kita faham dengan takdir dan yang ironinya bagaimana dengan tauhidnya. Munafiq kah, fasiq kah atau syirik kah...wajar kah makhluk ciptaanNya minta jangan dikaitkan dengan agama Allah. lagi besar dosanya mengenepikan hak Allah. Nanti ditanya siapa kao... lisan menjawab aku lah hambaMu, tapi akhlak dan adabmu mengalahkan kufara laknatullah. Ya Allah... ke mana hilangnya cinta yang Kau berikan padaNya. Selalu orang berkata, kao tidak akan jumpa yang baik sebelum kao jumpa yang jahat. Bagaimana pula nasib manusia, yang semakin jauh dari tuhanmu setelah kao menemui seseorang yang anggap wiramu. Aku sudah GILA barangkali...orang selalu kata jangan menghukum, sesungguhnya itu semua kerja Allah. Tapi bagaimana pula dengan makhluk yang sudah menghukum dirinya sebelum Allah menghukumnya. Jelas lagi bersuluh perubahan yang sungguh ketara dan binasa pada pandangan aql. Masyallah, ampunkan aku ya Allah, agar aku tidak mengambil kerja-kerjamu ya Allah.
Adakah aku sudah tidak mengenal saudara seimanku... atau inikah kebenaran yang Allah tunjukan mengapa aku semakin dijauhkan atas dasar cintaku padanya. perlukah menolak kebenaran meskipun ia meyakininya sebagai sesuatu yang benar,
hal ini difirmankan Allah Swt di dalam Al-Qur’an: Dan mereka
mengingkarinya karena kezaliman dan kesombongan (mereka), padahal hati
mereka meyakini (kebenaran)nya. Maka perhatikanlah bagaimana kesudahan
orang-orang yang berbuat kebinasaan (QS 27:14). Subahanallah... Maha suci Allah yang menjadikan dan sentiasa memberikan ruang kepada hambaNya untuk kembali kepada fitrahnya yakni bertaubat kepada penciptanya. Mungkin aku salah interpretasi makna sebuah kesombongan atau aku buta menilai tentang erti sebuah harapan dan percintaan. Barangkali keyakinan aku longgar pada khaliqku... Yang aku pelajari sebatas aql ku tentang kebenaran bahawa Allah akan sentiasa membukakan kebenaran kepada sesuatu yang batil. Kebatilan tidak pernah mengatasi kebenaran. Aku yakin bahawa Allah akan sentiasa memberi hidayahNya tanpa perlu diminta. Sebab sifat dan zat Allah yang Al-Haq akan menitipkan segala kebenaran kepada hamba-hambaNya yang mengambil iktibar.
Mengapa insan yang ku kenal ini semakin jauh ya Allah... aku mengharapkan sebuah plot drama kehidupan yang telah Engkau rancangkan sebagai menaik untuknya, aku usahakan mentarbiyah dan mendidiknya melalui kefahamanku akan diriMu ya Allah. Aku barangkali gagal Ya Allah, ampunkan aku ya Allah. Aku mengharapkan agar akan lahir seorang puteri muslimah yang solehah yang sanggup berjuang di jalan Mu ya Allah dalam mencari redha dan baraqahMu sepertimana yang terlontar dalam lisan dan akadnya. Namun hanya air mataku berlinang mengenangkan apalah dosa seorang wanita yang ku anggap permaisuri melahirkan anak sepertinya. Aku semakin tidak mengenalinya... dia bukan lagi wanita idamanku malah seorang perempuan yang langsung tidak pernah ku kenal.. Bukan aku menidakkan atau menghina makhluk ciptaanMu ya Allah... cuma aku merasa agak janggal dan aneh. Bagaimana bisa seorang wanita yang Kau titipkan kepadaku suatu masa dahulu lebih senang memiliki emas palsu sedangkan Engkau telah memberikannya emas tulen. tidak kah dia mengambil iktibar dan bukankah sewajibnya menjadikan segalanya yang berlaku sebagai pedoman... Ya Allah, di subuh bening ini aku memohon kepadaMu ya Rabb... janganlah kau sesatkan anak ini dari landasan yang sebenarnya. Barangkali dia masih tidak mampu memahami betapa indahnya musibah dan fitnah yang Engkau berikan. Barangkali dia tidak memahami bahawa Engkau adalah jaminan dunia dan akhirat dan bukan pergantungan kepada makhluk. Doaku padanya ya Allah, mudah2an dia masih mengenal islam itu agamanya, Allah itu tuhannya yang Esa dan Muhammad itu utusan sunnah. Sehingga kalam ini terhenti, qalbu dan aql ku masih tidak bersatu. Mudah-mudahan dengan kasih sayang Mu ya Rabb, masih ada ruang untuknya kembali ke sisi mu dan selalu meletakan harapan kepadaMu. Selama aku hidup, kasih sayang makhluk hanya sampai di tepi kubur sahaja tetapi kasih sayangMu ya Allah tiada batasannya. Mudah2an sifat bongkak, takbur dan sombong pada lisan dan perbuatannya sama ada dia sedar atau tidak ya Allah akan Engkau ampunkan ya Allah. Ampunkanlah dosaku, kaum keluargaku, saudara seimanku serta umat Muhammad lainnya. Biarlah aku kekal mencintaiMu ya Allah, sesungguhnya walaupun cintaku padaMu hanya sebesar malah lebih kecil dari hama tetapi aku mengetahui bahawa kasih sayangMu dan cintaMu seluas-luasnya tanpa batasan. Aku redha diperhinakan manusia daripada Engkau memalingkan wajahmu daripada memandangku.
Tiada daya dan upaya ku ya Allah melainkan hanya dengan izinMu...
0 comments:
Post a Comment