kerana cinta duri menjadi mawar
kerana cinta cuka kembali menjadi anggur segar
kerana cinta kesakitan menjadi penawar
kerana cinta kemalangan menjadi keuntungan
kerana cinta penjara di rasakan kedai mawar
kerana cinta timbunan debu menjadi taman
kerana cinta api berkobar menjadi cahaya menenangkan
kerana cinta syaitanberubah menjadi bidadari
kerana cinta batu keras menjadi lembut bak mentega
kerana cinta duka menjadi riang gembira
kerana cinta hantu menjadi malaikat
kerana cinta singa tidak lagi menakutkan umpama tikus
kerana cinta yang sakit menjadi sihat
kerana cinta amarah berumah menjadi ramah... JR
Subahanallah... telah habis kikis semua cintaku padaMu ya Rabb
Tiada daya dan upaya ku melainkan dengan kekuasaan dan kebesaranMu...
bila kalam bicara...
04:33
02:23
Basmallah.... Dengan NamaMu ya Rabb, pemunya qalbu dan jasad.
Kadang-kadang jika direnungkan sedalam-dalamnya tentang persoalan dan pengolahan hidup ini agak menyukarkan dan menyulitkan. Paradok kehidupan yang menjadi dilema dan polemik. Kadang-kadang bisa menjadi satu persidangan membuat keputusan dan memilih. Apa yang harus ku buat, ku pilih dan ku lakukan, malah persoalan berak sekalipun boleh menjadi persoalan. Di mana harus aku 'melabur', di tandas murahan atau tandas hotel lima bintang. Padahal outputnya tetap sama, malah tidak jauh beza baunya antara kedua-dua tandas tersebut. ini baru persoalan memilih, makan sebagai contohnya, di mana harus aku makan, apa harus dimakan dan siapa rakan akan menemani makan juga menadi persoalan hidup kita setiap hari. Padahal persoalan makan ni, kalau tidak mengikut sunnah yang betul, ibarat menempah katil 10 tahun akan datang... di wad dan katil berapa aku harus istirehat dan bahagian mana anggota di badan ini harus ku sedekahkan. Semuanya gara-gara dan angkara mulut dan perut. Semuanya anggota dan natijah yang berakhir huruf T, apa tidaknya Makan di muluT then masuk ke peruT akhirnya genduT, akhirnya dapat gouT, jalan terhenjuT-henjuT, terlantar menunggu MauT. Nah! inilah ilham Maha Berkuasa. Satu lagi penyakit yang dihujungnya T, sapa dapat penyakit ni memang sia-sia hidupnya iaitu gila duiT. hahahaha. Masyallah. Kalau ada lagi persoalan lebih besar, ke syurga atau neraka harus ku pilih... kalau diberikan syurga pulak, syurga mana harus ku tuju, tingkat berapa, apa fasiliti yang disediakan. Kalau diberikan Neraka, tak mahu pulak dah.... takut dan ngeri. iya ker? betulkah neraka itu menakutkan dan mengerikan...
Kadang-Kadang persoalan memilih dan menetukan ini kita serahkan pada orang disekeling... walhal tidak pernah diminta pun. Mereka-mereka ini sanggup memberi perkhidmatan secara percuma. Akhirnya apa yang kita mahu buat semuanya serba salah. Buat ini salah, buat itu salah. akhirnya semuanya menjadi masalah. Pa yang kita rasa benar, itulah menjadi salah pada fikiran mereka. Apa yang salah pada pandangan kita, itulah benar pada takrifan mereka. Kita harus belajar menghormati keputusan majoriti kerana itu adalah keputusan arus perdana. Jadi keputusan kita yang menyongsang arus ini di anggap salah. Padahal kadang-kadang yang menyongsang ini adalah benar pada kemahuan Allah SWT, tetapi masih mahu juga kita menentang ketetapan Allah. Hidup menjadi huru hara sebenarnya jika manusia diberikan kuasa untuk menentukan kemahuan, kehendak dan nafsu mereka. Bayangkan kehendak seorang penoreh getah yang berkehendakan panas sampai ke petang, dengan harapan getah yang ditoreh dapat mengeluarkan susu dengan banyaknya dan rezekinya pun bertambah pada hari itu. Manakal seorang petani pula mahukan hujan sampai ke petang dan mampu mengisi pengairan sawah mereka dan dapat menumbuhkan biji benih yang di semai. Masyallah, jika ini yang berlaku setiap hari, apa akan jadi dengan dunia ini. Hari-hari, dunia ini huru hara jadinya. Semua ahli klimatologi bingung memastikan jenis iklim dan perubahan cuaca dunia yang berlaku. Ini baru satu perkara dalam menentukan cuaca. Ada berjuta lagi kemahuan dan kehendak manusia setiap hari. Mari kita merenung sejenak kehebatan dan kekuasaan Allah SWT dalam mengatur kehidupan makhlukNya. Hebat kan, tidak ada satu pun yang tertinggal dalam konteks pemantauanNya. Semuanya di atur dengan baik dan syumul sifatnya. Yang miskin dapat rezekinya dengan sedekah daripada yang kaya melalui anugerahNya. Yang buta dapat berjalan dengan pimpinan si celik melalui anugerahNya. Si pekak dapat mendengar melalui jurubahasa yang normal melalui anugerahNya. Yang sakit dapat diubati oleh si doktor atau si tabib melaui ilmu anugerahNya. Semuanya dengan anugerahNya. Tidak ada sesuatu pun yang tertinggal. Semuanya akan balik kepadaNya.
Jadi kenapa kita harus sibuk menentukan dan mengambil kerja-kerja Allah yang memang menyulitkan bagi manusia. Sibuk mengatur dan menentapkan tentang si polan itulah, sipolan inilah. Masing-masing sudah Allah SWT tetapkan dengan skripnya sendiri. Tidak ada yang terkeluar satu pun pelakon-pelakon itu. Semuanya sibuk mengambil peranan dan tugas masing-masing. Ada seorang mualim bertanya kepada aku. Apa sebenarnya yang kita mahukan dalam dunia ini sebenarnya. Aku jawab ringkas jak. " apa yang Tuhanmu mahukan, bukan apa yang kau mahukan". Itu sahaja pun, tidak lebih atau kurang daripada itu. Namun sebagai hamba ini kita GAGAL melaksanakan peranan mengikut sebuah skrip yang telah ditetapkan. Bayangkan kita menonton sinetron yang diolah plot ceritanya yg cukup menarik, tiba-tiba ada slot skrip lain termasuk dalam sinetron itu. kan sudah menjadi pincang plot ceritanya kan. huhu. Inilah masalah manusia, lain peranan yang dibagi, lain juga dialog yang diucapkan. Ada perkara yang bukan ditentukan untuknya pun dia sibuk mengatur dan mengurus. Sedangkan Allah SWT telah memberikan peranan masing-masing. Ramai orang bercita-cita menjadi guru, namun akhirnya jadi cikgu sahaja. sebab apa, tidak memahami apa yang tersirat daripada yang tersurat. Kenapa perlunya aku menjadi seorang cikgu bukan seorang guru. hahaha. fikirkan ya. Sama juga dengan skrip orang-orang atasan. Apa kao ingat kao layak duduk memegang kuasa sebab kao pengarah atau ketua jabatan. Ptuiiiii.... semua ni hamba suruhan Allah yang diamanahkan untuk berbakti kepada hambaNya yang lain. Bukannya membuli atau practise of power kepada orang bawahan. Tapi keadaan sebaliknya berlaku, sebab apa... sebab orang bawahan sendiri yang membenarkan pendewaan berlaku. Walhal yang sebenar-benarnya hebat dan perlu diagungkan adalah Allah SWT sebenarnya bukannya makhluk. Banyak sebenarnya contoh kepincangan manusia kalau nak dibuka hijabnya. cuma, tidak boleh kah kita menjalani kehidupan mengikut skrip yang sudah Allah tetapkan. Tidak payah lah sibuk dengan ketamakan harta dan kasih sayang makhluk yang lain. Cukup dengan apa yang telah Allah berikan kepada kita setiap hari. Allah Maha mengetahui sukatan untuk rezeki kita sebenarnya setiap hari dan apa yang kita perlukan. Tak payah kita sibuk menentukan siapa jodoh kita, berapa banyak rezeki yang aku perlukan atau apa-apa pun kan. Tapi bila difikir olah aql yang terbatas ni... kalau tak diusahakan mana nak dapat semua tu kan. Serba salah pulak jadinya. itu salah... ini pun salah. Jadi harus bagaimana ya melayari bahtera dan kembara kehidupan ini. Masyallah... ampunkan bicara kalam ku ya Allah... tiada daya dan upaya ku selain semuanya milikMu ya Rabb...
tetiba aku teringat Tuhanku.... ada hakNya yang belum disempurnakan.
02:16
ibarat tiga ekor rama-rama
yang mengelilingi api lilin.
Rama-rama pertama menghampirinya
lalu berkata;
"aku tahu apa itu cinta."
Rama-rama kedua menyentuhnya sedikit dengan sayapnya
kemudian berkata;
"aku
mengetahui betapa api cinta membakar.”
Rama-rama terakhir mencampakkan dirinya
ke teras api
lalu terbakar.
Dia saja yang mengerti cinta sejati.
(Farid Ad-Din 'Attar)
Adakah cintamu sejati sehingga kau sanggup membakar dirimu atau hanya dirimu setakat tahu engkau hanya mencintai dan dicintai... Tiada Daya dan Upaya ku, Hanya padamu ku serahkan segalanya Ya Rabb....
10:17
Dengan Segala kebesaranMu ya Allah...sebulan rasanya blog ni tak diupdate. banyak ilham, iktibar dan ilmu yang Allah berikan sebagai rezeki kepada hambanya yang hina ini. Cuma lisan sahaja yang gatal dan tak kenal diuntung... "mau lah ditampar mulut ku sendiri". Ikut sedap lisan sahaja, walhal punca dosa yang tak terkawal adalah lisan. Semua keluar tanpa sedar, padahal sudah ditegah dan cuba di kawal. Benarlah, kadang-kadang betapa halusnya syaitan menipu kita. Walhal, syaitan bukan pintar mana pun. namun kekal juga manusia kalah dalam permainan dan tipu dayanya.
Allahu Akbar, sesungguhnya Allah Maha Besar dan tiada keagungan selain engkau ya Allah. tergerak kalam ini berbicara tentang transformasi dan perubahan. Kadang-kadang terfikir, susah sangat kah kita menerima perubahan orang lain ke arah kebaikan. selalu menjadi bicara, si polan sudah berubah lah... si polan tidak sudah bercerita tentang dunia... di mulutnya hebat berkata-kata tentang akhirat. Wah! jujurnya, itu pujian atau kebodohan manusia yang tidak mengenal diri dan penciptanya. Yang memuji tidak pulak kurangnya, wah! hebat bahasa lontaran lisannya, dari pengajian mana pulak manusia yang bertazkirah ni. Mesti Madinah atau Mekah pengajian agamanya. Aku tergelak melihat kebodohsombongan manusia yang ada disekeliling. Riak, ujub, sombong dan angkuh mengaratkan hati yang sedia berkarat kesan dek pujian dan penghormatan manusia di sekeliling. Tak masuk dek aql dan qalb aku plak pujian dan penghormatan manusia ini. makin aku menjauhi diri dari mereka.
Aku berkongsi rasa dengan sahabat dan saudaraku... dalam ketawa dan bercampur nada sinikal, sahabat bertanya " Apa kao rasa". Aku kata, mengerikan sungguh manusia sekeliling ku. Bila masa aku bercakap tentang akhirat. Nda pernah aku rasa, lisan ku bercakap tentang syurga dan neraka. Bukan sebab tidak tahu tapi takut bercakap sesuatu yang tidak dapat kuperjelaskan. Bila masa aku pernah menjejaki ke akhirat, melihat syurga dan neraka. Adakah flight ke akhirat yang dikonsesikan oleh MAS atau Airasia. teringin juga nak menempah, walaupun tiket penerbangan mencecah jutaan ringgit. Aku sanggup bergolok bergadai jika ada penerbangan ke sana. Bayangkan kita bercakap sesuatu yang tidak pernah kita alami... walaupun termaktub di dalam kitab bahawa inilah bayangan yang ada dalam syurga dan neraka, tapi siapa kita cuba memperjelaskan sesuatu yang tidak pernah kau jejaki dan alami. Ilmu itu hanya sebatas lisan sahaja, dan aql yang sedia ada bukan boleh membayangkan atau memperjelaskan kuasa Allah SWT.secara total . Jauh daripada itu, kita sebenarnya sedang diuji oleh Allah SWT tentang konsep kewujudan dan kehambaan dalam perjalanan hidup ini. itu sahaja.
Bukan menjadi dosa sebenarnya, kita bercakap tentang membawa jiwa-jiwa manusia yang sedang lemas dan tidur sepertimana tidurnya ulama-ulama kini atau dustanya ahli-ahli agama yang dulunya adalah agamawan tapi kini lebih ramai yang menjadi agama'wang'. Jelas sejelas-jelasnya, memperkatakan sesuatu yang baik sifatnya tentang kasih sayang Allah, kebaikan, pemurah, penyanyang dan pengasih Allah SWT kepada orang lain adalah sesuatu yang dituntut dalam agama. Kita tidak perlu menciptakan pengikut tetapi cukuplah kita mengingatkan jiwa-jiwa yang lain supaya sentiasa tenang mengingati Allah SWT. Bayangkan satu dunia dalam keadaan berkasih-kasihan, tanpa prajudis dan prasangka. dan semuanya bertasbih tentang mengagungkan dan mengesakan Allah SWT. Masyallah... hebat sebenarnya, Jadi tidak perlu ada sindiran dan senyum sinis mengatakan bahawa sudah berubah si polan itu dan ini. Yang perlu jadi iktibar ialah, "adakah aku masih kekal dalam syirik dan jahil ku tentang siapa penciptaku dan sebab aku diwujudkan". Tidak kah ada rasa malu dalam diri bahawa orang lain berubah mencari kebaikan dan aku masih kekal lagi dalam kepompong lama ku, umur makin berkurang, iman makin menipis, dosa semakin menebal. Orang lain sudah menjadi rama-rama yang cantik, terbang bebas dan merdeka menikmati keindahan dan keagungan ciptaan Allah. Aku masih kekal lagi dalam penjara kesombongan aku. Subahanallah.
Nah, inilah sebenarnya syirik manusia kata sahabat. masih sombong dengan janji-janji Allah dan masih memperakukan kehebatan diri sedangkan yang Maha Hebat adalah Allah SWT. hanya Dia, Dia dan Dia lah segala-galanya. Jadi, bila diajak mengarah kebaikan malah kita pula yang menjadi bahan tawa dan sindiran, Bagi aku mudah, kataku dengan sahabat. Memang tak masuk dalam qalb dan aql aku tentang pujian dan kutukan manusia ni. setakat penghargaan manusia ini, hahaha. memang aku dah talak tiga pun, yang aku perlu. Adakah Allah SWT masih memandang aku... mengingatiku, mengasihi dan menyayangiku dan mengampunkan ku. Kerisauan aku hanya ini. Jika Allah menutup pandanganNya padaku, di mana harus aku berada lagi. tiada sudut didunia ini aku diredhai dan aku tiada tempat disisiNya. Takat aku tidak dihargai kerana jasa-jasaku dan kebaikanku, tidak aku akan mati, malah sukanya kalau boleh aku dilupakan oleh sebab kebaikan aku itu. Aku tidak mahu terikat dengan manusia-manusia yang memandang kebaikan aku semata-mata. Sebab itu semuanya dusta dan pembohongan semata-mata.
Ya Allah.. Tiada Daya dan Upaya aku. Ampunkan lah dosaku dan dosa kaum keluargaku, saudara2ku dan kaum golongan mukmin.
Subscribe to:
Posts (Atom)